suria

Siapa kata tidur tak boleh selesaikan masalah... Ini buktinya!

Tidur yang lena dapat membantu anda menyelesaikan masalah dengan lebih baik.

TIDUR yang cukup sebenarnya memberi banyak manfaat kepada kesihatan termasuk memberi kesegaran, meningkatkan produktiviti minda sehinggalah menjaga jantung anda.

Tapi ada satu lagi manfaat tidur yang mungkin ramai tidak sedar iaitu ia mampu menyelesaikan masalah dalam hidup. Macam mana tu?

Ia bukan mitos sebaliknya kajian menunjukkan jika seseorang mempunyai masalah berkaitan kerja atau pelajaran, tidur nyenyak dapat membantu mereka mencari jalan kepada masalah yang dihadapi selepas bangun dengan lebih mudah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang alami menopaus awal? Ketahui tanda-tanda dan tip gaya hidup sihat menjangkau fasa putus haid

Satu kajian dilakukan terhadap empat kumpulan oleh Universiti Lancaster dengan meminta mereka menyelesaikan teka-teki pada tahap kesukaran berbeza.

Kumpulan pertama diberikan soalan pada waktu malam dan cuba menjawabnya selepas bangun pada keesokan harinya.

Jika berhadapan dengan masalah jangan terburu-buru menyelesaikannya, sebaiknya tidur dahulu.

Manakala kumpulan kedua mendapat soalan pada waktu pagi dan diminta diberikan jawapan pada waktu malam.

Kumpulan ketiga dan keempat pula masing-masing diberikan teka-teki pada waktu pagi dan malam tetapi mereka perlu memberikan jawapan dalam kadar segera.

Kajian itu mendapati kumpulan kedua dapat memberikan jawapan efektif manakala kumpulan pertama berjaya menghasilkan jawapan tepat dan terbaik.

Ia sekaligus menunjukkan responden dapat menggunakan waktu tidur sebaiknya apabila ketika lena itulah otak mereka mampu menyelesaikan masalah sulit dengan lebih baik pada waktu pagi.

Jadi jika anda berhadapan dengan sesuatu masalah, jangan terburu-buru dalam menyelesaikannya... tidur dahulu kerana anda pasti akan mendapat jawapan atau penyelesaian terbaik selepas itu.

Ini juga membuktikan ketika tidur juga otak tetap mampu 'bekerja' selain melakukan banyak hal-hal yang memberi impak kepada tubuh.

Tidur, Masalah, Psikologi

Artikel Lain