suria

Nisbah 1:30 wanita berpotensi menghidap kanser payudara, jom lakukan pemeriksaan awal sekarang!

Wanita digalakkan membuat pengesanan awal kanser payudara menerusi ujian saringan mamogram agar rawatan segera dapat diberikan.

BERCAKAP mengenai kanser payudara, perkara yang paling penting untuk dilakukan adalah pengesanan di peringkat awal.

Dengan melakukan pengesanan di peringkat awal, penghidap kanser payudara tahap I dan tahap II mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk sembuh di mana rawatan susulan dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Di Malaysia, seorang daripada 30 wanita didiagnosis menghidap kanser payudara.

ARTIKEL BERKAITAN: Benarkah tindik puting, kerja shif malam boleh sebabkan kanser payudara? Jom cek 10 mitos barah pembunuh nombor 1 wanita 

ARTIKEL BERKAITAN: Oktober datang lagi... Ayuh tingkatkan kesedaran kanser payudara sambil menderma! 

Walaubagaimanapun, sebahagian besarnya masih tidak melakukan pemeriksaan payudara mereka secara rutin untuk mengesan sebarang ketidaknormalan di bahagian berkenaan.

Keadaan ini mungkin disebabkan kurangnya akses kepada kemudahan untuk melakukan pemeriksaan, terutamanya bagi penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar.

Namun Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Dr Saunthari Somasundaram berpendapat, isu yang lebih besar adalah sikap tidak peduli wanita terhadap kesihatan payudara mereka.

Dr Saunthari Somasundaram 

"Pengesanan awal sangat penting. Lebih awal anda kesan, maka adalah lebih baik. Ia bukan sekadar berapa lama untuk anda hidup, tetapi ia adalah kualiti hidup yang akan anda nikmati,” ujarnya.

Oleh itu, wanita amat digalakkan untuk membuat pemeriksaan lebih awal, iaitu menerusi saringan mamogram. Apa itu mamogram? Jom cek fakta mengenai mamogram. 

Artikel Lain