Elak bau mulut dan masalah sembelit antara 5 kebaikan minum air lemon pada waktu pagi - Famili | mStar

Elak bau mulut dan masalah sembelit antara 5 kebaikan minum air lemon pada waktu pagi

Minum air lemon pada waktu pagi mempunyai banyak manfaat.

KEBIASAANNYA segelas kopi adalah minuman wajib bagi kebanyakan orang bagi memulakan hari, namun sudah tiba masanya anda menukar tabiat itu dan beralih dengan meminum air lemon pada waktu pagi.

Banyak manfaat minum air lemon terutamanya pada waktu pagi termasuk mengelakkan dehidrasi, menjaga kesihatan kulit serta mengurangkan risiko pelbagai penyakit berbahaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Manggis bukan sahaja enak tetapi 4 perkara ini pasti mengejutkan anda!

Tapi bagi mendapatkan khasiatnya secara maksimum, anda disarankan untuk minum air dari perahan lemon itu sendiri dan bukannya daripada sumber lain.

Caranya cukup mudah, perah jusnya dan campurkan dengan air suam atau sejuk.

Bagi mengurangkan rasa masam, anda boleh tambah beberapa bahan lain seperti madu, kayu manis, daun pudina dan sebagainya.

Berikut adalah manfaat jika mengamalkan minum air lemon pada waktu pagi:

Minum air lemon boleh mengelakkan badan anda mengalami dehidrasi. 

1. Mengelakkan dehidrasi

Ramai daripada kita 'liat' hendak minum air putih pada waktu pagi - jadi apa kata campurkan jus lemon sebagai penambah rasa.

Ia bukan sahaja enak, ia juga boleh membantu anda minum air kosong dengan lebih banyak, sekaligus membuatkan tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.

2. Meremajakan kulit

Kandungan vitamin C di dalam lemon dapat meningkatkan pengeluaran kolagen dalam badan malah ia mampu melindungi kulit anda daripada rosak akibat pancaran matahari.

3. Mengatasi masalah bau mulut

Pada waktu pagi, biasanya mulut akan mengeluarkan bau kurang enak. Bagi mengatasinya minum air lemon pada waktu pagi.

Air lemon dapat merangsang produksi air liur sehingga masalah bau mulut hilang.

Kandungan asid dalam jus lemoh mampu melancarkan proses pencernaan dan mengurangkan masalah bau mulut pada waktu pagi. 

4. Melancarkan fungsi pencernaan

Meminum air lemon suam dapat menjadi ubat bagi mencegah masalah sembelit. Asid yang terkandung di dalamnya dapat membantu tubuh untuk mencernakan makanan dengan lebih baik.

5. Mencegah pembentukan batu karang

Ini mungkin ramai tidak tahu bahawa air lemoh dapat mencegah pembentukan batu karang. Ini kerana kandungan asid sitrat di dalamnya mampu menghalang pembentukan batu karang.

Lemon , Khasiat , Jus

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain