Anak ‘tantrum’? Terapi aroma boleh atasinya - Famili | mStar

Anak ‘tantrum’? Terapi aroma boleh atasinya

Gambar hiasan. - AP

SETIAP ibu-bapa pasti pernah mengalami situasi di mana anak-anak meragam, tidak kira di rumah atau di tempat awam.

Bagi ibu bapa yang tidak bijak menangani si kecil, ia mungkin menjadi situasi yang merengsakan buat mereka.

Antara perangai kanak-kanak yang sering memeningkan kepala ibu bapa ialah menjerit, menendang, memukul, tidak dengar cakap dan macam-macam lagi.

Namun, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

Noraisha menunjukkan cara-cara mencampurkan minyak terapi aroma.

Pengasas Avicenna & Hayyan Holistics dari Singapura, Noraisha Mohammad Anwar berkongsi pengalamannya menenteramkan anak-anak dengan satu teknik mudah.

"Saya menggunakan teknik terapi aroma yang boleh mengawal dan mengurangkan kesakitan daripada segi fizikal, mental, emosi dan keseluruhan rohani anak-anak.

"Teknik menyedut aroma melalui saluran hidung kita, teknik sapu iaitu urutan untuk pelepasan atau mengeluarkan yang terpendam dalam seluruh badan," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Antara tip yang boleh digunakan untuk membantu ibu bapa mengendalikan si kecil yang sedang 'tantrum' adalah seperti berikut:

1. Guna aroma yang sesuai

Contoh minyak terapi aroma. - Pixabay

Gunakan aroma yang boleh mengawal 'tantrum' seperti gabungan beberapa jenis bunga untuk yang boleh menenangkan dan mencegah amarah yang tidak terkawal.

Kemudian, ia boleh terus disapu di kawasan tengkuk, belakang telinga, dada, telapak tangan dan kaki.

Pati aroma yang dapat memberikan oksigen dapat meransang minda dan emosi agar lebih terkawal.

2. Didik dengan kelembutan

Anak-anak harus diberi pemahaman tentang akibat kelakuan mereka dengan cara baik.

Gunakan aroma yang boleh membersihkan dan melancarkan resepsi otak supaya minda lebih rasional.

Pati yang membantu untuk mengaktifkan logik dan menahan emosi juga boleh digunakan.

3. Pastikan anak cukup tidur


Kanak-kanak memerlukan waktu tidur mencukupi agar mereka tidak mudah meragam. - TNS

Fahamkan anak-anak bahawa kurang waktu tidur akan membuatkan mereka sentiasa meragam.

Anak-anak yang kurang selera makan dan tidak cukup zat juga tidak dapat bekerjasama dengan mudah.

4. Pergaulan sihat

Anak-anak yang kurang mengamalkan pergaulan sihat akan berfikiran kurang matang.

Sebagai ibu bapa, harus memberi persediaan dalam aspek keyakinan diri dan mengatasi persoalan si anak secara seimbang dengan hati dan minda yang terbuka.

terapi aroma

Lebih Artikel

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta