suria

Badan sasa, jalan melenggang… 5 sebab wanita geli lelaki ‘terlebih’ maskulin

Lelaki maskulin sering menjadi perhatian ramai tapi tidak semua wanita menggemarinya. Foto sekadar hiasan.

KETIKA ini seakan-akan menjadi trend sebahagian besar lelaki maskulin memberi perhatian terhadap penjagaan bentuk badan.

Lelaki seperti ini sanggup memperuntukkan sebahagian daripada wang gaji bulanan untuk membeli protein, suplimen, membayar jurulatih dan fi pusat kecergasan.

Semuanya kerana mahu mendapatkan bentuk badan yang seksi dan berotot.

Kebanyakan lelaki beranggapan, bentuk badan yang menarik terutamanya jika memiliki six pack menjadikan mereka lebih maco, segak dan lebih berketrampilan berbanding lelaki berbadan ‘gelebeh’, boroi atau kurus kering.

Tapi jangan terlalu taksub dengan bentuk badan sasa kerana kelebihan itu sebenarnya gagal menarik perhatian segelintir wanita.

Sesetengah wanita menganggap, bentuk dada lelaki yang terlalu menonjol dan berketul menyamai payudara mereka dan ia menggelikan.

Lima sebab ini membuatkan lelaki badan sasa itu mungkin akan dipandang sebelah mata oleh seseorang wanita.

Dada lelaki seperti ada payudara… Eh! Geli

Bahagian dada lelaki antara kawasan paling menonjol jika mereka memakai pakaian body fit. Bonjolan pada dada kelihatan seperti payudara wanita. Segelintir wanita berasa geli melihat bahagian dada itu malah sesetengah payudara wanita lebih kecil berbanding dada lelaki.

Kalau anda lelaki yang berasa hebat pada bahagian dada, ingatlah… ia sesuatu yang menggelikan bagi wanita.

Badan macam raksasa berjalan macam angsa

Bab ini sedikit kelakar. Pernah atau tidak anda menemui lelaki jenis ini? Badannya berketak-ketak macam ‘raksasa’ tapi selepas melihat dia berjalan, lenggangnya mengalahkan itik angsa!

Kadang-kadang cara berjalan lelaki juga turut diperhatikan wanita. Gambar hiasan.

Lelaki macam ini mempunyai konflik dalam dirinya sendiri. Imej yang ditonjolkan sebagai lelaki maco tidak mampu dibawanya. Setiap langkah yang diatur membuatkan wanita akan mentertawakannya.

Wanita akan berasa geli dengan penampilan sebegini. Jangan terlalu nak nampak terlebih maco tetapi hakikatnya terdapat kekurangan lain yang lebih menonjol. Lelaki seperti ini memadai tidak terlalu berlebih-lebihan membina otot badan.

Tewas di ranjang layu selepas lima minit

Segelintir wanita mungkin melihat lelaki yang banyak mengangkat berat di gim itu ‘power’ jika di ranjang.

Daripada sudut psikologi ada yang melihat jika mereka mampu mengangkat besi seberat 50 kilogram mereka akan kelihatan hebat ketika di katil untuk bersama dengan pasangan.

Jawapannya ialah ‘no’!

Ada pendapat mengatakan, lelaki maskulin sentiasa tewas di ranjang akibat terlalu banyak mengambil suplimen.

Ada wanita pernah menangis pada malam pertama perkahwinannya kerana suami berbadan sado  itu cepat 'layu', hanya mampu bertahan kira-kira lima minit sahaja.

Ini kerana ejakulasi pramatang kerap berlaku kepada lelaki-lelaki sado kerana tabiat tidak sihat mereka seperti terlalu banyak mengambil suplimen.

Selain itu pengambilan dadah steroid untuk membina otot dengan pantas turut berisiko menjadi penyumbang kerosakan sperma lelaki… silap-silap boleh mandul.

Jangan terpedaya… mereka gay

"Wah menarik betul badan lelaki tu. Untung kalau dia jadi suami aku!” Ayat itu mungkin akan terkeluar daripada mulut seseorang wanita saat melihat lelaki yang memiliki ciri-ciri idamannya melintas depan mata bersama seluar sukan dan baju singlet ketat.

Kaum lelaki yang aktif membina otot-otot badan segelintirnya menggunakan dadah jenis steriod untuk membina otot dengan pantas. Gambar hiasan.

Tapi awas jangan terpedaya kerana orientasi seks lelaki itu tidak semestinya kepada wanita! Namun penampilan itu untuk menarik perhatian orang lain.

Tidak mustahil sejam kemudian anda melihat pemuda itu berpegangan tangan dengan pasangan sejenisnya.

Jadi geli tak? Tentulah ya!

Perasan dan kuat berangan... Tak kuasalah macam ni

Seseorang wanita yang keluar dengan pasangan tentu mahukan perhatian. Tapi kalau pasangannya seorang lelaki kacak berbadan segak, tentu ia boleh memenatkan wanita yang tinggi sifat cemburu.

Lelaki seperti ini segelintirnya suka kawal pergerakan jika berada di khalayak. Mereka fikir dengan raut wajah dan badan menarik itu, seluruh mata manusia akan memandangnya.

Sikap lelaki yang asyik kontrol maco 24 jam merimaskan kaum wanita.

Jadi, serba serbi dia asyik kontrol. Ketika berjalan kontrol, masa makan kontrol dan nak bercakap dengan kekasih sendiri pun masih kontrol.

Sikap perasan lebih inilah merimaskan golongan wanita. Malah sesuatu yang tidak boleh diterima dek akal apabila mereka suka berangan kononnya mempunyai ‘saham’ tinggi. Eeee geli!

Adakah lima contoh ini terdapat pada pasangan lelaki atau sahabat anda? Jadi, anda fikirlah!

sasa, maco, geli

Artikel Lain