suria

Hasutan nafsu dan bisikan syaitan, dua kejahatan berbeza mengajak manusia berbuat jahat... Paling penting jauhilah kedua-duanya!

Jangan termakan dengan hasutan nafsu dan syaitan kerana ia boleh merugikan diri kita sendiri.

SIFAT hasutan nafsu disebut sebagai terarah pada satu-satu kejahatan. Ia sentiasa akan terus berusaha menghasut dan mempengaruhi secara berterusan, sehinggalah sesuatu kejahatan tersebut dilakukan.

Manakala sifat hasutan syaitan pula disebut sebagai tidak terarah pada satu-satu kejahatan sahaja. Jika ia tidak berjaya menghasut dalam satu kejahatan, ia akan berpindah untuk menghasut supaya melakukan kejahatan lain pula kerana baginya semua kejahatan adalah sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Peluh manusia di akhirat menitis sehingga tenggelam tuannya berdasarkan amalan di dunia... Segera lakukan amal soleh

ARTIKEL BERKAITAN: Di akhir zaman muncul ramai pendusta, kata-katanya dipercayai orang... Jauhilah dajal-dajal kecil ini

Namun adakah hasutan nafsu dan hasutan syaitan ini adalah perkara sama atau mempunyai perbezaan?

Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi menjelaskan antara perbezaan godaan nafsu ialah ia amat kuat menarik ke arah kejahatan dengan hanya bersifat terarah dan terkhusus.

Hal ini sepertimana firman Allah SWT: (Maksudnya): “Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu).” - [Surah Yusuf: 53].

Hasutan Syaitan

Syaitan akan terus menghasut manusia melakukan kejahatan.

Imam al-Tabari menjelaskan: “Sesungguhnya nafsu yang dimaksudkan ialah nafsu hamba yang memerintahkan kepada seluruh apa yang dia inginkan oleh hawanya, meskipun bukan pada sesuatu yang diredai oleh Allah SWT.” (Lihat Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Quran, 13/209).

Al-Baghawi pula menyebut bahawa maksud menyuruh melakukan kejahatan pada ayat ini adalah menyuruh kepada maksiat. (Lihat Ma’alim al-Tanzil, 4/249).

Syeikh al-Sa’di menyebut bahawa nafsu akan terus mengajak manusia kepada kejahatan dan perbuatan keji serta perbuatan dosa yang lain. Nafsu jahat ini menjadi tunggangan syaitan untuk menyesatkan manusia. Dan dari jalan nafsu inilah, syaitan akan masuk kecuali bagi sesiapa yang dirahmati oleh Allah SWT. (Lihat Taisir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, 3/408)

Syeikh al-Maraghi pula dalam mentafsirkan ayat ini menyebut bahawa ayat ini merupakan penutup ikrar isteri al-‘Aziz sepertimana pendapat Abu Hayyan dalam kitab al-Bahr.

Kemudian beliau menyatakan: “Sesungguhnya nafsu kemanusiaan itu sering menyuruh melakukan kejahatan kerana padanya terdapat pelbagai dorongan kehendak zahir dan batin, lantaran telah diletakkan padanya pelbagai kekuatan dan alat untuk mencapai kenikmatan termasuk kecenderungan yang dibisikkan oleh syaitan kepadanya. - (Lihat Tafsir al-Maraghi, 7/3380).

Dalam sebuah doa, Nabi SAW telah menggabungkan antara kejahatan nafsu dan kejahatan syaitan. Baginda SAW mengucapkan:

Hasutan

Nafsu akan terus mengajak manusia kepada kejahatan dan perbuatan keji serta perbuatan dosa yang lain.

Maksudnya: “Ya Allah, Yang Menjadikan langit dan bumi, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Tuhan bagi setiap sesuatu dan pemiliknya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku berlindung pada-Mu dari kejahatan diriku sendiri dan dari kejahatan syaitan dan teman sekutunya.” - [Riwayat Abu Daud (5067), al-Tirmizi (3392), al-Nasa'ie (7699) dan Ahmad (7961)].

Syeikh al-‘Azim Abadi menjelaskan bahawa maksud bisikan was-wasnya serta godaan kesesatannya, sedangkan maksud syirkah pula ialah apa-apa yang mendorong ke arah melakukan syirik dengan Allah. Ia juga boleh dibaca dengan syarakah iaitu tali-tali dan perangkap syaitan yang bertujuan memfitnah dan menggoda manusia. (Lihat ‘Aun al-Ma’bud, 13/276).

Dalam satu doa Baginda SAW yang lain, yang diriwayatkan daripada Imran bin Husain R.A, bahawa Nabi SAW pernah mengajar bapanya, dua kalimat yang dibaca di dalam doa, iaitu:

Maksudnya: “Ya Allah! Ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan petunjuk, serta lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.” - [Riwayat al-Tirmizi (3483), al-Tabarani dalam al-Du’a (1393), al-Bazzar (3580) dan al-Baihaqi dalam al-Asma' wa al-Sifat (894)].

Syeikh al-Mubarakfuri menjelaskan, yakni berikanlah taufik padaku kepada al-rusyd iaitu petunjuk kepada kebaikan. Dan peliharalah aku dari kejahatan nafsuku, di mana ia adalah tempat tumbuhnya perkara-perkara yang keji. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 9/455).

Berdoa

Sentiasa berdoa kepada Allah agar kita tidak terjerumus dengan hasutan nafsu dan syaitan.

Imam al-Qusyairi menyebut bahawa berjuang melawan jiwa (hawa nafsu) dan mengendalikannya adalah dengan menyekat apa yang menjadi kebiasaannya, serta mengarahkan jiwa untuk selalu menentang hawa nafsunya pada setiap waktu.

Menurut al-Junaid al-Baghdadi, nafsu itu apabila ingin mendorong untuk melakukan sesuatu kejahatan, ia akan terus mendorong dan mempengaruhi sehingga berhasil.

Kata beliau: “Nafsu apabila meminta sesuatu kepada kamu, ia akan membuat hasutan berterusan dan sentiasa mempengaruhi kamu sehingga tercapai kehendaknya dan berhasil tujuannya. Melainkan apabila ia digagalkan dengan mujahadah sebenar yang berterusan. Kemudian ia akan terus berusaha untuk mempengaruhi lagi.”

Namun berlainan dengan syaitan, sekiranya sesuatu kejahatan tidak berjaya dipengaruhinya, dia akan menghasut untuk melakukan kejahatan yang lain pula.

Kata Junaid al-Baghdadi lagi: “Apabila syaitan mengajak kamu melakukan sesuatu penyelewengan tertentu, tetapi kamu melawannya, dia akan mempengaruhi kamu supaya melakukan penyelewengan yang lain pula. Ini kerana semua pelanggaran ajaran Allah SWT itu sama sahaja baginya. Dia hanya mahu selama-lamanya mengajak kepada penyelewengan apa sahaja. Dan dia tidak mengkhususkan penyelewengan dalam satu perkara dan tidak yang lainnya.” - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain