Ketahui 11 kelebihan jin, syaitan... Maka mudahlah bagi manusia melemahkan makhluk dilaknat itu terutama ketika Ramadan

Tidur

ASSALAMMUALAIKUM para pembaca mStar semua. Selamat menyambut Ramadan, bulan kerahmatan walaupun kita masih lagi dalam perintah kawalan pergerakan (PKP).

Semoga kita dirahmati dan dilindungi Allah dari jangkitan virus Covid-19 ni.

Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan tentang kelebihan yang Allah berikan kepada jin dan syaitan sebagai ujian kepada kita umat manusia.

Bahkan kita tahu bahawa datok manusia pun, Adam dan Hawa telah diperdayakan oleh Iblis, apatah lagi kita manusia biasa. Jadi kita perlu berhati-hati terhadap syaitan.

ARTIKEL BERKAITAN: Amalan berwuduk antara 6 langkah dapat elak penyakit sumpahan mata akibat pujian manusia

ARTIKEL BERKAITAN: Mati mengejut itu istirahat golongan mukmin dan berita menyedihkan buat orang fajir

Dengan kita mengetahui kelebihan jin syaitan ini maka kita lebih berhati-hati akan kelebihan mereka ni. Untuk memerangi musuh maka kita mesti tahu kelebihan musuh!

Allah dari awal lagi dah beri amaran bahawa; “Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya menjadi penduduk neraka.” - [Al-Fathir:6].

Nabi SAW pun dalam kehidupan seharian mengajar kita sunnah-sunnah yang mana terang-terangan supaya kita bermohon perlindungan dengan Allah dari syaitan ni.

Jin boleh masuk ke badan manusia yang lemah semangat. Gambar hiasan.

Ia seperti nak masuk rumah, kita diajar untuk memberi alam supaya syaitan tak boleh bermalam di rumah kita; nak makan baca basmalah supaya syaitan tak boleh makan makanan kita dan apa -apa sahaja akvititi seharian kita, kita memohon perlindungan Allah daripada kejahatan syaitan.

Allah mengisytiharkan bahawa hidup di dunia ini adalah ujian sebagaimana firman Allah dalam ayat surah al-Mulk (ayat 2): “Dialah yang menjadikan mati dan hidup supaya dapat menguji siapakah di antara kalian yang paling baik amalannya...”

Apa kelebihan jin dan syaitan?

Syaitan adalah dari golongan jin yang derhaka kepada Allah. Allah berikan beberapa keistimewaan kepada syaitan antaranya, seperti berikut:-

1. Manusia tak nampak jin dan syaitan secara terang-terangan, tetapi dia nampak kita

Manusia cuma nampak, kadang-kadang orang yang Allah buka hijab, hanya kelibat lintasan sahaja yang nampak. Maka bagaimana kita nak lawan dengan musuh yang kita tak nampak.

Dalam keadaan sekarang menempuh musibah Covid-19 bagaimana susahnya manusia seluruh dunia diuji dengan musuh yang kita tak nampak melalui mata kasar kecuali dengan mikroskop.

Maka lebih 100,000 manusia mati nak mengelak dari musuh yang tak nampak ini.

Saya pun kerap merawat orang yang dirasuk jin dan syaitan tapi saya tak nampak dia sebaliknya dia nampak saya!

Saya pun tak nak tengok muka dia sebab dia hodoh. Saya pernah tanya jin semasa membuat rawatan dan dia menjawab melalui manusia yang dirasuk: “Kamu botak kan? Dia cakap: Botak la hensem! Saya tanya lagi...” Kamu ada tanduk kan? Dia jawab: “Ya ada 2 tanduk” saya tanya lagi: “Panjang tak? Dia tunjuk sejauh lebih kurang satu meter panjang.”

2. Jin dan syaitan boleh berbisik ke dalam hati manusia

Untuk melakukan perkara maksiat kepada Allah. Bisikan jin dan syaitan sangat licik dan berbeza kepada setiap manusia sehingga manusia tidak sedar dia telah termasuk jerat syaitan.

Contoh paling senang, kita melewat-lewatkan solat fardu. Kata syaitan: “Ala lambat lagi tu, masa masih panjang lagi, tidurlah dulukan letih sangat tu!”

Sebab tu kena kena amalkan sunnah nabi SAW semasa tidur. Ambil wuduk sebelum tidur, baca doa, baca dan sapukan ayat 4 Qul pada seluruh badan kita dan tidur mengiring ke kanan.

USTAZ SHAMS

Ketika nak menjerumuskan manusia kepada perkara maksiat: “Ala sekali cuba takde masalah la, lain kali tak apalah kalau tak nak! Bila dah cuba rasa seronok maka syaitan akan bisikkan lagi: “Alaa dosa kecil je nanti boleh taubat la, tua-tua nanti taubat la, kan masih muda lagi!”

3. Jin dan syaitan boleh masuk dalam tubuh manusia

Sebagaimana disabdakan oleh nabi SAW bahawa syaitan boleh berjalan dalam saluran darah manusia. Sebab tu ketika saya merawat pesakit, tempat sakit tu boleh berpindah. Contoh asalnya sakit di tulang belakang bawah [slip disk] tiba-tiba naik ke bahu dan berpindah ke kepala [migrain] dan sebagainya.

4. Syaitan masuk tubuh manusia melalui saluran mana?

Terdapat lebih kurang 17 cara syaitan akan masuk ke dalam tubuh manusia, InsyaAllah kita akan kongsikan dalam artikel akan datang.

5. Umur jin dan syaitan panjang dan ada yang tak mati sampai kiamat

Berdasarkan dalil dalam al-Quran dan hadis bahawa Iblis atau nama asalnya Azazil itu Allah benarkan permohonannya untuk tangguhkan kematiannya tetapi jin dan syaitan akan mati. Walau bagaimanapun umurnya sangat panjang.

Pernah saya bertanya seekor jin (yang menjawab melalui manusia yang diubati) katanya dia ketua jin dan ada di bawahnya 80 jin: “Berapa umur kamu? Katanya: “1,000 tahun”, Saya tanya lagi: “Dah kawin belum, ” jawabnya: “Belum.” Saya tanya: “Nak kawin tak, ” dia gelak nak kawin. Ketika itu saya buat rawatan di sebuah masjid universiti, di Bangi.

Syaitan dan jin itu pada dasarnya berwajah hodoh. Gambar hiasan.

Saya cakap: “Cuba kamu check ada ramai jin Islam tak dalam masjid ni dan ada yang jin muslimah tak? Jawabnya: “Ada” dan panjang lagi perbualan saya dengannya.

6. Jin dan syaitan amat ramai dan boleh beranak-pinak dengan banyak

Bagaimana cara jin berkembang biak iaitu dengan cara apabila bersentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan begitulah keadaannya sehingga ke hari kiamat.

7. Ada jenis jin dan syaitan yang boleh terbang

Pernah satu masa apabila saya suruh dia keluar dari badan manusia dan apabila dah masuk Islam saya minta dia pergi ke masjid. Dia minta saya hantar dengan kereta tetapi bila saya tanya dia ada sayap tak, dia jawab ada sayap dan boleh terbang.

8. “Networking” jin lagi canggih dari manusia

Pernah satu masa seorang pesakit menelefon saya dari Klang dan tunangnya yang kena sihir di Melaka. Semasa bercakap dengan saya, tunangnya menelefon dia dari Melaka dan katanya kau sedang arrange dengan ustaz nak ubatkan aku ya... aku tau.”

9. Jin dan syaitan boleh menguasai tubuh manusia sepenuhnya

Saya ada beberapa pesakit yang memang “bukan manusia!” walaupun bertubuh manusia. Dia dikuasai pemikiran, perbuatan bahkan tubuhnya dijadikan rumah tumpangan oleh jin dan syaitan. Apabila bercakap dengan manusia, bukan manusia yang bercakap tapi jin. Nauzubillah!

10. Tenaga jin dan syaitan lebih kuat dari manusia

Sebab tu semasa merawat, kadang-kadang perawat memang perlukan bantuan rakan-rakan ataupun ahli keluarga pesakit untuk pegang pesakit yang dirasuk jin. Saya pun pernah dipukul, ditendang dan dibaling objek oleh jin. Tetapi kalau ganas pun dia tetap takut dengan ayat al-Quran dan kita boleh seksa dan sembelih jin tadi.

11. Kita tidur tapi jin dan syaitan buat kerja jahat semasa kita tidur

Sebab tu kena kena amalkan sunnah nabi SAW semasa tidur. Ambil wuduk sebelum tidur, baca doa, baca dan sapukan ayat 4 Qul pada seluruh badan kita dan tidur mengiring ke kanan.

Walaupun Allah berikan beberapa kelebihan kepada jin dan syaitan sebagai ujian kepada kita manusia, tetapi orang yang rapat dengan Allah, Allah akan melindungi daripada mereka.

Pun begitu jin dan syaitan juga ada banyak kelemahannya terutama apabila kita berada dalam bulan Ramadan, Allah akan rantaikan mereka. Oleh itu ambillah peluang dalam bulan Ramadan ini untuk menambahkan amalan kita dan lebih dekat dengan Allah.

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp ustaz Shams di 011-1144 8987 untuk memohon kesembuhan dari Allah dari santau/sihir, saka, gangguan jin termasuk slipdisk, sakit lutut, kaki, tulang belakang, bahu dll.

Dengan izin Allah, insyaAllah, Allah akan berikan kesembuhan. Kita hendaklah yakin bahawa Allah berfirman: “Dan kami turunkan al-Quran sebagai ubat kesembuhan dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” - [al-Isra’:82].

Silakan kongsi sebanyak mungkin semoga menjadi sebahagian amalan soleh kita. Wallahua’lam.

***Ustaz Shams ialah pensyarah di sebuah universiti.

jin, syaitan, iblis, mati mengejut

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain