suria

Senang sangat! Pemuda kongsi cara buat nasi ulam, bahan-bahan pun tak rumit... pasti makan bertambah

Nasi ulam merupakan menu yang mudah untuk dihasilkan.

NASI ulam bukan sahaja enak untuk dimakan, malah ia kaya dengan pelbagai khasiat.

Di laman Facebook, seorang individu dikenali sebagai Muhamad Farid Omar berkongsi cara mudah untuk menghasilkan menu itu.

Menurut Farid, nasi ulam biasanya menjadi kewajipan orang utara setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Namun, tiada salahnya jika anda mahu menghasilkan nasi ulam pada bulan-bulan lain kerana ia memang disukai ramai.

Bahan-bahan:

1. Nasi sejuk

2. Ikan talang masin bakar (boleh guna air fryer)

nasi2

Antara ulam yang sesuai untuk digunakan dalam penghasilan menu mudah itu.

3. Sambal belacan (cili merah, cili Melaka, belacan dan gula Melaka)

4. Kerisik

5. Beberapa jenis ulam

Cara-cara:

1. Anda boleh menggunakan ulam yang digemari mengikut kesesuaian, yang penting ia perlu dipotong halus.

2. Gaul semua bahan yang diperlukan di dalam bekas atau mangkuk.

3. Letakkan garam mengikut kesesuaian. Jika ikan talang sudah masin, tak perlu letak garam.

4. Siap untuk dihidang. Nasi ulam ini sesuai dimakan bersama sayur keladi, telur masin, ikan, ayam atau daging bakar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain