suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gaul-gaul, dah siap! Ini rahsia peria goreng crispy macam kedai mamak, guna 7 bahan je

Peria goreng rangup ala-ala kedai mamak ini boleh dihasilkan dengan tujuh bahan sahaja.

RESTORAN mamak menawarkan pelbagai menu menarik sehingga ia sering menjadi lokasi 'lepak-lepak' rakyat negara ini.

Selain roti canai, mi goreng dan nasi kandar, menu ringkas seperti peria goreng crispy turut digemari para pelanggan.

Di laman Facebook, seorang individu dikenali sebagai Sheena Supramaniam berkongsi cara mudah untuk menyediakan juadah itu dengan menggunakan enam bahan sahaja.

Bahan-bahan:

1. Setengah sudu kecil kunyit

2. Setengah sudu serbuk cili

3. Dua sudu kecil serbuk lada putih

4. Setengah sudu besar jintan manis (ditumbuk kasar)

5. Dua sudu besar tepung

6. Dua sudu besar tepung beras

7. Sedikit garam

peria32

Menu ringkas ini boleh disediakan sendiri di kediaman anda.

Cara-cara:

1. Hiris peria nipis-nipis. Cuci dan rendam dengan air garam selama 20 minit. Kemudian bilas.

2. Masukkan sedikit garam dan gaul.

3. Masukkan kunyit, serbuk cili, lada putih dan jintan. Gaul sebati. Biarkan 30 minit.

4. Masukkan tepung jagung dan tepung beras. Gaul sebati.

5. Sediakan minyak yang banyak. Tetapkan api kecil hingga minyak betul-betul panas.

6. Bila minyak dah betul-betul panas, besarkan api sederhana besar dan mula goreng.

7. Ikut cara ini baru dapat peria garing dan crispy, serta tahan lama.

8. Tunggu sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara. Jangan masukkan ketika ia masih panas atau suam, nanti lemau.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain