suria

Anak berselera makan bawang goreng, Maryam Duriankimchi kongsi resipi! Batuk, selesema pun hilang

Maryam kongsi petua untuk membantu sembuhkan anak selesema.

BAYI dan kanak-kanak paling mudah dijangkiti batuk dan selsema.

Masalah kesihatan ini adalah normal selagi anak masih aktif dan menyusu seperti biasa.

Tetapi sudah pasti ibu bapa risau sekiranya penyakit anak mereka tidak sembuh-sembuh.

Lebih parah lagi apabila anak-anak kecil ini tidak mahu mengambil ubat-ubatan yang biasanya pahit rasanya.

Jadi, apa kata anda cuba kaedah ini yang dikatakan dapat membantu menyembuhkan batuk atau selesema anak-anak.

Bawang dipotong dua sebelum digoreng.

Pempengaruh Maryam Younarae atau lebih dikenali sebagai Maryam Duriankimchi berkongsi resipi bawang goreng yang sangat sedap di TikTok.

“Bawang putih sangat baik untuk kesihatan. Membantu meningkatkan imuniti dan kurangkan batuk pada bayi.

“Membantu mencegah tekanan darah tinggi pada orang dewasa. Tapi susah nak makan kan?

“Cuba masak macam ni. Bagus sebagai snek dan boleh dimakan bersama nasi,” katanya pada ruangaan kapsyen.

Ryzal dan anaknya menyukai bawang goreng hasil air tangan Maryam.

Bahan-bahan

1. Bawang putih 20 hingga 30 ulas

2. Minyak

3. Oligosaccharide atau madu, 3 sudu

4. Kicap satu sudu

Cara-caranya

1. Potong setiap bawang kepada dua bahagian

2. Gorengkan bawang dalam minyak yang panas

3. Toskan minyak setelah bawang masak (kekuningan)

4. Panaskan kuali. Masukkan madu dan kicap.

5. Setelah campuran sebati, masukkan bawang yang telah digoreng dan gaul rata

6. Hiaskan bersama bijan putih sebelum dihidangkan

Seperti mana yang dapat dilihat dalam video dikongsinya, kelihatan anak Maryam begitu berselera menikmati bawang goreng yang dimasak termasuklah suaminya, Ryzal Duriankimchi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain