suria

Nak pergi holiday? Ini petua untuk kekal selesa dalam kapal terbang

Anda pasti inginkan keselesaan apabila perlu berada lama dalam pesawat kerana perjalanan jauh.

MELANCONG atau bercuti ke luar negara merupakan perkara yang amat menyeronokkan sama ada bersama keluarga, teman mahupun secara solo.

Ia menjadi salah satu kaedah untuk kita merasai pengalaman di negara orang, melihat budaya dan cara hidup masyarakat setempat di samping merehatkan badan.

Bagi anda yang gemar melancong atau sedang merancang trip untuk melihat negara luar boleh ikuti tip daripada @callmefye, memang menarik terutama sekali apabila perjalanan jauh.

Meskipun remeh, namun apa yang dikongsikan ini sangat membantu menjadikan perjalanan 'long haul flight' yang berbelas jam lebih selesa.

headfon

1. Noise cancelling headphones

Bukan sekadar headphone tapi yang ada fungsi noise cancelling. Mungkin anda rasa tak perlu, tapi lihat saja pengalaman saya berada di dalam kapal terbang semasa perjalanan balik dari Amsterdam, tiba-tiba ada dua penumpang yang sibuk 'berbincang'.

beltless

2. Loose, beltless dan super comfy trousers

Seluar longgar adalah untuk keselesaan anda!

Beltless pula bagi membantu proses pencernaan selepas in-flight meal tau, tak adalah anda kena buka belt selepas makan. Lagi pula memudahkan anda untuk melalui pemeriksaan kastam. Renyah!

selipar

3. Foldable slippers

Untuk selipar, jangan bawa yang tebal dan berbulu pelepah burung Kasawari pula! Naik long haul flight memang kena buka kasut kalau mahukan keselesaan.

Jadi, selipar macam ini tersangatlah disyorkan.

stokin

4. Stokin ekstra

Stokin lebih ni antara yang penting, bimbang orang sekeliling pengsan apabila bau kaki anda.

Anda boleh juga sediakan lima hingga enam pasang stokin untuk perjalanan jauh kerana hari-hari kita nak berjalan kan... bukan terperap di bilik!

Semasa berada dalam kapal terbang, seeloknya pakai yang tebal sedikit kerana suhu teramatlah sejuk.

baju manik

5. Wanita elakkan baju atau tudung bermanik!

Para wanita yang gemar bergaya dan OOTD, anda seharusnya mengelakkan diri daripada memakai baju yang ada kristal, manik, Swarovski mahupun berlian.

Bukan hanya berkenaan keselesaan tetapi ia antara punca anda akan ditarik ke tepi semasa pemeriksaan kastam sebab mesin pengimbas berbunyi. Accessories pun jangan terlampau sarat macam Phoebe Buffay.

berus gigi

6. Long haul flight selalunya banyak sesi makan

Kira-kira dua hingga tiga kali sesi makan bagi perjalanan jauh.

Jadi pastikan anda membawa berus dan ubat gigi bersaiz travel supaya dapat digunakan semasa berada dalam kapal terbang.

Kebanyakan masyarakat Korea, mereka akan sentiasa bawa alat pembersihan mulut ni dan perkara biasa bagi mereka untuk memberus gigi di kafe-kafe.

Anda juga pasti akan selesa untuk tidur di dalam kapal terbang selepas memberus gigi.

facial mask

7. Facial mask

Higher humidity dalam cabin akan buatkan kulit anda jadi kering.

Masker antara hack sangat berbaloi dan menyenangkan. Selain teraputik, kulit anda tidaklah terkesan sangat dengan perjalanan jauh.

Tapi pastikan yang mudah ditanggal dan tidak perlu dibasuh!

sweater

8. Baju sejuk

Perjalanan jauh pasti meletihkan dan kita sememangnya mahu berehat.

Oleh itu, pilih jaket atau baju sejuk mahupun cardigan yang longgar serta berlengan panjang supaya anda berasa lebih selesa seolah-olah sedang tidur di rumah.

isle seat

9. Pilih isle seat

Seboleh-bolehnya anda pilihlah ruang duduk di tepi kerana mudah untuk ke tandas dan tidak mengganggu penumpang yang lain.

organize

10. Keperluan asas tersusun

Pastikan setiap barang keperluan anda seperti passport, boarding pass, kabel telefon, USB, pen dan sebagainya tersusun rapi serta mudah diambil apabila diperlukan.

Kalau tidak tersusun, sukar untuk anda nanti... tiba-tiba kena buka luggage pula!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain