suria

Tiket serendah RM699... AirAsia X sedia penerbangan ke Tokyo!

Jepun merupakan destinasi popular pelancongan kerana mempunyai pelbagai musim dan tempat menarik.

RINDU nak mengembara ke luar negara dan melihat budaya masyarakat setempat?

Apa kata anda intai lokasi-lokasi menarik di Tokyo, Jepun bermula sekarang sehingga 30 Mac 2024.

Tambahan pula, AirAsia X (AAX) telah menyambung semula penerbangannya ke Tokyo (Haneda) berikutan pembukaan semula sepenuhnya sempadan negara tersebut untuk pelancong antarabangsa.

Penerbangan tiga kali seminggu yang dijadualkan itu, akan menjadi penerbangan pertama AAX ke Jepun selepas pandemik, menjelang pelancaran laluan keduanya ke Sapporo (Shin-Chitose) pada Disember.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak pergi holiday? Ini petua untuk kekal selesa dalam kapal terbang

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Benyamin Ismail berkata, Jepun adalah antara destinasi utama dan Tokyo merupakan salah satu laluan yang paling popular.

"Pada 2019, kami menerbangkan kira-kira 275,210 tetamu bagi trip ulang alik Tokyo.

"Oleh itu, dengan penyambungan semula perkhidmatan ini, kami berharap untuk membawa 230,000 pengunjung tambahan berdasarkan tempat duduk yang tersedia antara Malaysia dan Jepun.

Laluan ke Jepun dibuka semula.

Laluan ke Jepun dibuka semula.

"Ini bukan sahaja akan meningkatkan pelancongan dan ekonomi antara kedua-dua negara tetapi memberi lebih nilai kepada semua tetamu di rantau ini yang ingin melancong ke Tokyo," ujarnya.

Tambah beliau, penyambungan semula perkhidmatan ke Tokyo juga menandakan komitmen kami untuk memacu pertumbuhan sebagai syarikat penerbangan jarak pertengahan.

Malah katanya, ia hanyalah laluan pertama daripada beberapa laluan ke Jepun yang akan beroperasi, termasuk ke Sapporo (Shin-Chitose) pada bulan Disember dan Osaka pada tahun depan.

"Kami juga mempunyai penerbangan sambungan melalui Kuala Lumpur ke Jepun termasuk dari Australia dan banyak lagi.

"Apabila permintaan meningkat, kami akan menambah lebih banyak penerbangan ke Tokyo secara beransur-ansur pada masa hadapan," katanya.

Terdahulu, sempena penyambungan semula perkhidmatan, AAX meraikan penerbangan tersebut dengan majlis pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) dengan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik untuk para tetamu.

AAX juga menawarkan tambang bernilai hebat termasuk semua dari Kuala Lumpur ke Tokyo (Haneda) daripada RM699 sehala untuk ekonomi dan daripada RM2,599 untuk Premium Flatbed.

Tambang tersedia untuk tempahan sekarang bagi tempoh perjalanan antara sekarang hingga 30 Mac 2024.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Jepun, AAX, AirAsia X, penerbangan, Jepun, destinasi,

Artikel Lain