suria

Taman tema jadi litar lumba! Rasai pengalaman menakjubkan festival perlumbaan, kereta di Legoland Malaysia Resort

Persembahan menarik secara langsung di Legoland Malaysia Resort.

BUAT pertama kali dalam sejarah, Legoland Malaysia Resort mengubah taman temanya menjadi sebuah litar lumba bagi memberi laluan kepada Festival Build The Thrills.

Festival ini pastinya membuatkan peminat dan pencinta perlumbaan kenderaan berkuasa tinggi teruja tanpa mengira dewasa mahupun kanak-kanak.

ARTIKEL BERKAITAN: Traveloka perkenal kempen Raya Sana-Sini... Rancang perjalanan selamat, lancar dan berpatutan

Berlangsung sejak 15 April lalu sehingga 26 Jun ini, festival itu menghimpunkan pelbagai aktiviti meriah dan pertunjukan yang menghiburkan.

278556024_715178242997784_6895049180425372942_n

Foto kenangan bersama watak hebat Emmet, Wyldstyle, Elvie dan Bricky.

Ini termasuk keterujaan pengunjung untuk bergambar bersama model Lego Ferrari 512 M berskala ikonik yang pastinya membuatkan sesiapa sahaja terpukau!

Dengan berat 280 kilogram, 2700 x 700 x 1200 x 700 mm, versi 3D bersaiz sebenar, ia mengambil masa selama 164 jam untuk kerja-kerja reka bentuk dan pembangungan selain 480 jam lagi untuk membinanya menggunakan 78,496 bata Lego.

Pengunjung juga boleh menggunakan kreativiti dan imaginasi mereka untuk membina, menguji dan berlumba dengan kenderaan Lego impian mereka.

Pengarah Bahagian di Legoland Malaysia Resort, CS Lim berkata, setiap aktiviti yang disusun sepanjang festival berdasarkan keghairahan taman tema itu untuk mencipta sesuatu yang tidak dapat dilupakan buat pengunjung.

Mr CS Lim, Divisional Director of LEGOLAND Malaysia Resorts presenting his speech at LEGOLAND Malaysia Resort's Build The Thrills launch

Pengarah Bahagian di Legoland Malaysia Resort, CS Lim.

"Pengunjung boleh melibatkan diri dalam lakonan bertema, mengambil bahagian dalam cabaran serta berpeluang memenangi hadiah menarik.

"Selain itu terdapat pelbagai aktiviti dan persembahan secara langsung setiap hari yang telah kami sediakan," katanya.

Sementara itu, Lim berkata, acara itu juga menandakan salah satu perkongsian terbesar di antara Lego dan Legoland Malaysia Resort yang direka untuk pelawat yang memang menyukai kereta, kelajuan, imaginasi dan sudah tentunya, Lego.

Selain itu, Legoland Malaysia Resort turut menganjurkan sekolah memandu yang menampilkan pelbagai jenis kenderaan yang selamat dipandu oleh kanak-kanak, malah memberi peluang untuk memperolehi pingat Pemandu Terbaik.

279068045_926536128064723_7450795398269021202_n

Aktiviti mengeratkan hubungan bapa dan anak.

"Mereka yang ingin menyahut cabaran ini boleh singgah ke zon Lego Mindstorms untuk satu siri bengkel berasaskan STEM, pelumba maze robotik, serta membina dan menguji kenderaan menggunakan Lego Technic," katanya.

Legoland Build The Thrills juga mengadakan pelbagai aktiviti menarik lain, termasuk;

279190669_667915754185647_1720475527417564663_n

1. Persembahan secara langsung

Menyanyi dan menari bersama bintang Lego Friends of Heartlake City, yang akan membuat persembahan dalam pakaian perlumbaan serba baharu di Friends Rally Showcase.

Selain persembahan pembukaan dan penutup harian, terdapat juga pertunjukan Stunt, Tech Mech dan Bike Stunts yang mengagumkan.

278765515_1428832187586936_3975838504324555234_n

2. Meet and Greet

Temui pelumba Lego iaitu Pembina Teknikal, Juara Kelajuan dan City Racer, semuanya memakai peralatan perlumbaan. Pastikan anda juga merakam foto kenangan bersama watak hebat Emmet, Wyldstyle, Elvie dan Bricky di sekitar resort.

278692903_400204624958146_1867898480837475164_n

3. Aktiviti lain

a. Anda sukakan menyelesaikan perkara misteri? Jadi seorang detektif untuk mencari kenderaan Lego unik di seluruh taman tema.

b. Gandakan aksi dengan Pit Stop Building Activity di mana anda boleh membina kereta lumba sendiri dan mengujinya.

c. Tingkatkan daya saing anda di Rescue Academy. Jadilah keluarga terpantas untuk menyelesaikan cabaran menyelamat kebakaran dan menang lencana untuk anak anda.

d. Cabutan bertuah harian dengan hadiah hebat setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di mana pemenang boleh merasai pengalaman berdiri di atas podium semasa majlis penyampaian hadiah.

279015954_368938071954377_6639181705156612842_n

e. Pelbagai sijil pencapaian boleh diperoleh dengan melengkapkan aktiviti selain berkunjung ke Track Attack Showcase, di mana kanak-kanak boleh cuba memandu sendiri kenderaan di Lego.

f. Nikmati makanan enak di Food Truck and The Cafe dengan hidangan kanak-kanak akan dihidangkan di atas pinggan makan malam kereta yang istimewa dan unik.

Maklumat lanjut mengenai Legoland Build The Thrills, layari laman web Legoland atau media sosial di Facebook dan Instagram.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain