suria

Ke mana cuti raya? Tuntung Sungai, Kijang tarikan terbaharu di Sunway Theme Parks

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir (kiri) dan Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks, Calvin Ho ketika melepaskan Tuntung Sungai di Sunway Lagoon.

BAGI mereka yang merancang untuk ke Sunway Lagoon pada musim cuti perayaan Aidilfitri, tentunya disajikan tarikan terbaharu di taman tema itu.

Sunway Lagoon memperkenalkan Tuntung Sungai yang ditempatkan di Sunway Lagoon Wild Life.

ARTIKEL BERKAITAN: Traveloka perkenal kempen Raya Sana-Sini... Rancang perjalanan selamat, lancar dan berpatutan

Sebanyak empat ekor Tuntung Sungai akan ditempatkan di situ yang biasanya ditemui di Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Selatan Thailand.

Kehadiran haiwan itu adalah sebagai salah satu tarikan terbaharu di Sunway Lagoon menerusi kempen River Terrapin Conservation Awareness iaitu sebuah program kerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Lir dan Taman Negara (Perlihitan).

Cahaya Aidilfitri_Video

Pengunjung dapat menikmati pelbagai aktiviti menarik di Sunway Lagoon dan Sunway Lost World of Tambun pada hari raya ini.

Matlamat program ini adalah untuk memperkembangkan populasi haiwan liar ini, kerana ia disenaraikan sebagai salah satu 'Spesis Terancam yang Kritikal' dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar Malaysia 2010.

Sunway Theme Parks dengan kerjasama Perlihitan mempromosikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya Matlamat 17 – Kerjasama untuk capai matlamat menghidupkan semula usaha kerjasama bagi pembangunan lestari.

Aktiviti pemuliharaan ini bermula daripada pengumpulan telur, pengeraman, penjagaan selepas menetas dan pelepasan Tuntung muda ke habitat asal supaya ianya boleh dikawal selia dan dipantau rapi oleh pegawai Perlihitan.

Semua langkah ini bertujuan untuk memperluaskan populasi mereka dan aktiviti kesedaran pemuliharaan lain juga akan dianjurkan dengan kerjasama jabatan itu pada masa akan datang.

Selain daripada Program Kesedaran Pemuliharaan Tuntung Sungai di Sunway Lagoon, Sunway Lost World Of Tambun turut menyambut kedatangan sepasang Kijang ke Sunway Lost World Petting Zoo.

Ini adalah program pertukaran haiwan dengan Zoo Melaka dengan kelulusan pihak Perlihitan yang mana pengunjung akan dapat melihat haiwan itu dengan lebih dekat.

Majlis Perasmian Program Permuliharaan Tuntung Sungai di Sunway Lagoon bersempena Kempen Cahaya Aidilfitri

Majlis Perasmian Program Permuliharaan Tuntung Sungai di Sunway Lagoon bersempena Kempen Cahaya Aidilfitri.

Bagi merancakkan lagi kempen bersempena Aidilfitri, Sunway Theme Parks tampil dengan tema Cahaya Aidilfitri dan mengalu-alukan kehadiran tetamu menyambut Hari Raya Aidilfitri di Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun dari 18 April 2022 hingga 2 Jun 2022.

Bawa keluarga serta rakan-rakan anda ke Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun untuk merasai sambutan 'Cahaya Aidilfitri' Sunway Theme Parks.

Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks, Calvin Ho, berkata, Sunway Theme Parks sentiasa mencipta tarikan yang luar biasa untuk pengunjung.

"Dengan kerjasama hebat bersama pihak Perlihitan, kami dapat menyediakan aktiviti pembelajaran yang unik untuk tetamu bersempena sambutan Hari Raya kali ini.

"Setiap tetamu, sama ada tua atau muda yang berkunjung ke Sunway Lagoon atau Sunway Lost World Of Tambun akan dapat merasai pengalaman yang lebih mendalam dengan Tuntung Sungai dan Kijang kami," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain