suria

Persiapan akhir menjelang Aidilfitri, ini 7 pusat beli-belah yang boleh anda kunjungi

Ramai melakukan persiapan akhir untuk menyambut Aidilfitri.

KIRA-kira seminggu lagi, umat Islam bakal menyambut 1 syawal dan ketika ini pastinya ramai mulai sibuk membuat persiapan membeli pakaian baharu, biskut raya dan kelengkapan rumah.

Selangor terkenal sebagai syurga beli-belah bagi mendapatkan barangan keperluan sempena Aidilfitri, dengan pelbagai jualan, diskaun dan promosi yang ditawarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 lokasi bazar Ramadan popular di Lembah Klang... Mana satu pilihan kalbu?

Maka tidak hairanlah, orang dari negeri lain turut datang ke Selangor untuk membeli kelengkapan hari raya dan berikut adalah tujuh lokasi tumpuan orang ramai.

PKNS

1. Kompleks PKNS Shah Alam

Kompleks PKNS Shah Alam merupakan pusat beli-belah yang terkenal di Shah Alam dan masyarakat sekitar. Setiap hujung minggu, ribuan pengunjung dari kawasan berhampiran dan luar Shah Alam datang ke Kompleks PKNS Shah Alam untuk membeli-belah dan menjamu selera.

Sebagai pusat beli-belah pertama di Shah Alam, ia kekal sebagai destinasi pelancongan yang popular.

Kompleks PKNS Shah Alam menyediakan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dan menjimatkan kos. Terdapat pelbagai kedai yang tersedia, termasuk butik fesyen, restoran, kedai elektronik dan mudah alih, dan lain-lain. Tentunya ia menjadi lokasi yang sesuai untuk anda berbelanja!

Alamat: Persiaran Tasik, Selangor Darul Ehsan 40000 Shah Alam, Selangor.

SACC

2. SACC Mall, Shah Alam

SACC Mall, terletak di Pusat Bandar Shah Alam adalah sebuah 'Neighbourhood Mall' yang membawa kelainan yang tersendiri. Melangkah ke dalam pusat beli-belah ini pasti memberikan keseronokan untuk seisi keluarga. Ia adalah syurga membeli-belah di mana jenama tempatan dan antarabangsa banyak ditawarkan di sini.

SACC Mall ialah destinasi yang mesti dikunjungi oleh pembeli, dengan gabungan kedai yang menarik yang menawarkan pelbagai pilihan dan harga. Sepanjang tahun, acara dan promosi menarik dirancang untuk meraikan setiap perayaan utama.

Terdapat juga pelbagai pilihan restoran yang menyajikan masakan domestik dan antarabangsa untuk anda menikmati hidangan selepas seharian membeli-belah!

Alamat: Jalan Perbadanan 14/9, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Bangi Sentral

3. Bangi Sentral

Bangi Central ialah sebuah pusat beli-belah yang terletak di Bandar Baru Bangi. Hab perniagaan ini terkenal sebagai pusat perniagaan di Bandar ini yang menempatkan pelbagai jenis perniagaan.

Dalam 80-unit kedai di sini, kebanyakannya adalah restoran dan butik fesyen! Majoriti perkhidmatan yang diperlukan oleh penduduk tempatan juga boleh didapati di kawasan ini.

Alamat: Jalan Medan Pusat Bandar 6A 43650 Bangi, Selangor.

GM Klang

4. GM Klang Wholesale City

GM Klang Wholesale City mempunyai lebih 2,500 kedai, menyediakan jualan borong dan runcit yang tiada tandingan. Ianya juga sebuah pusat perdagangan serantau, dengan deretan restoran dan kedai makan, serta dilengkapi dengan kemudahan yang selesa untuk anda membeli-belah di musim perayaan ini!

GM Klang Wholesale City menyediakan pelbagai rangkaian produk seperti hiasan rumah dan perkahwinan, pakaian, tekstil, aksesori IT, mainan dan banyak lagi.

Satu lagi komponen khusus di sini ialah Zon Jenama Malaysia; sebuah presint yang direka cantik yang mempamerkan fesyen, aksesori, makanan dan kraftangan keluaran tempatan.

Alamat: GM Klang Wholesale City, Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanic Capital 41200 Klang, Selangor.

Melawati Mall

5. Melawati Mall

Pusat beli-belah gaya hidup seluas 620,000 kaki persegi, dengan lebih 200 kedai runcit tersebar di lapan tingkat tingkat runcit dan 1,900 tempat letak kereta ini menjadi destinasi membeli-belah yang popular saban tahun. Ianya menyediakan gabungan ideal fesyen antarabangsa dan tempatan, hiburan, konsep rumah dan gaya hidup serta pilihan tempat makan yang pelbagai.

Pelbagai jenama utama di pusat beli-belah ini telah disusun rapi untuk memberikan pengunjung sebuah pengalaman beli-belah, hiburan serta seleksi makanan yang terbaik.

Alamat: Melawati Mall, Jalan Bandar Melawati, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur, Selangor.

Jakel

6. Seksyen 7, Shah Alam

Fesyen Muslimah semakin popular, dan koleksi busana Muslimah sering mendapat sambutan para penggemar fesyen Muslimah dan orang ramai. Seksyen 7, Shah Alam menjadi lokasi yang menempatkan pelbagai jenama dan butik fesyen.

Ia menjual fesyen muslimah yang menawan dan berkualiti tinggi seperti jenama Bella Ammara, Hatta Dolmat, LosraVelda dan banyak lagi. Penggemar fesyen muslimah pasti rambang mata apabila berkunjung ke sini!

Alamat: Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

The Curve

7. The Curve, Mutiara Damansara

Lebih 200 perniagaan runcit dan 60 perniagaan makanan tersedia di The Curve, Mutiara Damansara. Terdapat banyak pilihan dari segi fesyen, kecantikan, kesihatan, barangan kanak-kanak, buku, kelengkapan rumah, barang kemas, aksesori, serta outlet makanan dan minuman.

The Curve ialah tempat permulaan membeli-belah sehenti anda, dengan pilihan butik fesyen moden, deretan gerai jualan yang menjual pelbagai jenis barangan, serta pembekal kelengkapan rumah bagi mempersiapkan anda untuk musim lebaran ini!

Alamat: 6 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Jadi apa tunggu lagi? #PusingSelangorDulu bersempena musim lebaran ini, namun jangan lupa mempraktikkan SOP pencegahan penyebaran virus Covid-19 demi kesejahteraan bersama!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain