suria

Bercuti di KL bukan sekadar lawat KLCC tapi ini 5 destinasi boleh dikunjungi! Kempen ‘Vaxxed To Go’ Agoda pula beri banyak manfaat

Rumah Penghulu Abu Seman antara tarikan yang jarang diberikan perhatian ketika berkunjung ke Kuala Lumpur.

SEJAK sektor pelancongan dibuka setelah hampir dua tahun ia ditutup akibat pandemik Covid-19 ramai mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan.

Ini menjadikan keadaan di beberapa destinasi popular seperti Pulau Langkawi, Pulau Pinang dan Melaka sesak dengan pelancong kerana masing-masing mengambil peluang bercuti bersama keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda pentingkan percutian Go Green? Ini 8 hotel mesra alam sekitar yang boleh anda kunjungi

Disebabkan itu pula ada antara kita yang masih teragak-agak untuk pergi bercuti kerana bimbangkan keselamatan keluarga dan memilih untuk tunggu dan lihat terlebih dahulu.

Tetapi itu sebenarnya bukanlah halangan untuk bercuti. Sebenarnya kita tidak perlu berjalan jauh untuk merehatkan minda kerana di Kuala Lumpur sendiri pun sesuai untuk merehatkan minda.

Lebih menarik, bagi pengunjung luar dari Kuala Lumpur yang telah menerima vaksin lengkap boleh mendapat pelbagai manfaat penginapan dan tawaran eksklusif di bawah kempen Vaxxed To Go oleh Agoda.

Agoda

Kempen Vaxxed to Go menawarkan pelbagai tawaran menarik!

Kempen ini dilancarkan untuk mempromosikan percutian untuk rakyat Malaysia yang telah menerima vaksin dan sedia untuk keluar melancong semula.

Kempen ini menawarkan pelbagai pakej unik dan setiap pakej percutian disertakan dengan tiga atau lebih faedah dengan nilai tambahan, menjadikan pakej penginapan tersebut suatu tawaran yang amat berbaloi dan hebat.

Faedah tambahan membolehkan pelancong yang telah menerima vaksin untuk menikmati percutian yang lebih santai dengan kemudahan seperti keutamaan daftar masuk, daftar masuk lebih awal atau daftar keluar lewat; pelbagai diskaun harga untuk makanan dan minuman; dan tawaran pengalaman unik di dalam hotel seperti pakej spa dan kesejahteraan.

Dengan adanya kempen Vaxxed To Go ini, apa sahaja aktiviti yang boleh dilakukan di Kuala Lumpur?

Dari aktiviti lasak ke aktiviti santai, semuanya ada di Kuala Lumpur dan bukannya semata-mata Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara Kuala Lumpur.

Berikut adalah lima destinasi menarik yang boleh anda kunjungi.

River Of Live

1. The River of Life

Siapa sangka The River of Life yang terletak berdekatan Pasar Seni dan Chow Kit ini tersenarai antara 10 waterfront terbaik di dunia yang menawarkan pemandangan cukup menakjubkan.

The River of Life lebih 'hidup' pada waktu malam apabila cahaya di sepanjang waterfront ini mula menyalakan cahaya berwarna warni ditambah latar belakang bangunan di sekitar yang turut memancarkan cahaya.

Lokasi cukup sesuai untuk berselfie dan Instagrammable!

Museum of Illusions Kuala Lumpur

2. Museum of Illusions Kuala Lumpur

Kunjungan ke Muzium Negara mungkin sudah biasa tetapi sekiranya anda ke kawasan Bukit Bintang, jangan lupa singgah ke Museum of Illusions Kuala Lumpur.

Antara ilusi yang dapat anda lihat atau cuba secara live di muzium ini adalah Hollow Face Illusion, Rubin’s Vase, The Bottomless Pit, The Chair Illusion, Stereogram, Ames Room, The Vortex Tunnel, Infinity Room, Anti-gravity Room, Holograms dan banyak lagi!

Rumah Penghulu Abu Seman

3. Rumah Penghulu Abu Seman

Siapa sangka ditengah-tengah kepesatan ibu kota Kuala Lumpur masih tersergam indah sebuah rumah tradisional Melayu yang dibina antara tahun 1910- 1930.

Pemilik asalnya adalah ketua kampung Mukim Bagan Samak yang terletak di Kedah dan lokasi asal rumah ini adalah di Kampung Sungai Kechil.

Bagaimanapun pada 1996, Badan Warisan Malaysia telah menyelamatkan rumah ini daripada musnah dan dialihkan ke lokasinya sekarang di Jalan Stonor, Kuala Lumpur untuk tatapan generasi muda dan pelancong asing.

Bank Negara Museum & Art Gallery

4. Bank Negara Museum & Art Gallery

Mungkin ramai tidak mengetahui tentang kewujudan Bank Negara Museum & Art Gallery ini namun di sini anda dapat mempelajari tentang ekonomi Malaysia dan sejarahnya.

Muzium yang terletak di Jalan Dato Onn ini terbahagi kepada enam jenis galeri iaitu Galeri Seni, Galeri Perbankan Islam, Galeri Numismatik, Galeri Kanak-kanak, Galeri Ekonomi dan Galeri Bank Negara Malaysia.

Paling penting bukan sahaja dapat menambah ilmu tetapi masuk pun percuma!

Taman Rusa Dan Kancil

5. Taman Rusa Dan Kancil

Ramai yang tidak tahu di Taman Tasik Perdana terdapat sebuah Taman Rusa dan Kancil yang ditempatkan di atas tanah berkeluasan 1.5 hektar.

Taman ini sesuai dikunjungi bersama anak-anak kerana mereka boleh memberi makan kepada haiwan-haiwan ini yang jinak. Masuk adalah percuma.

Tidak cukup dengan itu, lengkapkan percutian anda dengan kunjungan ke taman tema dengan memilik pakej Agoda Special Offers atau Vaxxed to Go dan anda berpeluang menerima tiket percuma ke ESCAPE Penang, ESCAPE Petaling Jaya atau KidZania Kuala Lumpur.

Tawaran ini bermula 15 November sehingga 31 Mac 2022.

Tempoh penginapan ‘Vaxxed To Go’ untuk tawaran istimewa ini bermula dari sekarang sehingga Jun 2022, dan pelancong boleh mendapat jaminan tempahan yang fleksibel melalui pilihan ‘EasyCancel’ Agoda, yang membolehkan individu membatalkan atau menukar tempahan penginapan mereka sehingga 24 jam sebelum daftar masuk.

Di samping menggalakkan pelancongan yang bertanggungjawab, Agoda juga menghulurkan bantuan secara langsung kepada inisiatif kemanusiaan untuk meningkatkan kadar vaksinasi di dalam negara.

Untuk setiap tempahan yang dibuat di bawah ‘Vaxxed To Go’, Agoda akan menyumbangkan RM50, dengan jumlah maksimum RM125,000 kepada program vaksinasi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) yang menyantuni masyarakat yang terpinggir di dalam negara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain