Angry Birds Splash Water World menjanjikan keseronokan sempena cuti sekolah! - Destinasi | mStar

Angry Birds Splash Water World menjanjikan keseronokan sempena cuti sekolah!

Aktiviti menarik seperti perarakan watak-watak utama Angry Birds sertar tarian dipersembahkan khas buat pengunjung.

BOSAN dengan aktiviti di pantai? Haaa… Semestinya taman tema air menjadi pilihan para ibu serta bapa untuk membawa anak-anak beriadah pada hujung minggu terutamanya sempena cuti persekolahan.

Taman Tema Air Angry Birds Splash, menawarkan lebih banyak pilihan keriangan bagi pengunjung bermain dengan aktiviti air.

ARTIKEL BERKAITAN: Permainan air, artis popular ceriakan bulan kemerdekaan di Bangi Wonderland

Terletak di Setia Ecohill Welcome Centre, Semenyih, Selangor, taman tema air ini telah beroperasi sejak 22 November lalu selama dua bulan dan dijangka tamat pada 5 Januari 2020 sebelum meneruskan aktiviti penjelajahannya di seluruh pelusuk asia.

Karakter-karakter Angry Birds pada setiap permainan gelongsor.

Menariknya lagi, bagi kanak-kanak terdapat lebih sembilan permainan air menanti mereka seperti permainan gelongsor air dengan karakter-karakter Angry Birds seperti Red, Chuck, Bom, Mighty Eagle dan Terence.

Manakala bagi anda yang suka akan cabaran, permainan Bomb Smackdown sangat sesuai untuk anda kerana ia antara gelongsor tertinggi yang ketinggian 12 meter! Sudah pastinya mampu memberikan keseronokan berganda kepada penunjung.

Bukan itu sahaja ya! Mighty Eagle Water Twist turut menawarkan cabaran buat pengunjung di mana permainan air yang bersifat ekstrem seperti gelongsor patah balik yang curam khas buat mereka yang sukakan cabaran.

Bomb Smackdown sesuai buat anda yang sukakan cabaran.

Soal keselamatan? Anda tidak perlu risau kerana di setiap permainan terdapat dua orang pengawal  yang sedia membantu.

Selain itu, terdapat juga aktiviti menarik yang lain seperti perarakan watak-watak utama Angry Birds dan  tarian serta diselitkan dengan sesi ramah mesra bersama pengunjung yang pastinya menghiburkan para pengunjung.

Tidak hanya itu, terdapat juga permainan lain yang pengunjung boleh merasai pengalaman seperti aktiviti perlumbaan di mini litar Go-Kart, serta beberapa booth permainan mini yang memerlukan pengunjung bermain menggunakan token.

Permainan Go-Kart merupakan salah satu tarikan utama pengunjung.

Disamping itu terdapat juga kedai cenderahati jenama produk Angry Birds sesuai bagi penunjung yang gemar mengumpul koleksi dari pelbagai jenis barangan eksklusif jenama Angry Birds Original yang dijual dengan harga berpatutan.

Anda juga tidak perlu risau kerana mereka menyediakan loker berkunci, kafeteria, dan parkir bertingkat.

Lain-lain kemudahan termasuklah bilik persalinan, surau khusus buat pengunjung yang datang menghabiskan masa di sini.

Menurut Pengurus Sokongan Perniagaan One Universal Production Sdn Bhd (OUP), Genie Teong, Taman Tema Angry Birds ini merupakan salah satu inisiatif bagi mempromosi tahun Melawat Malaysia 2020 atau Visit Truly Asian Malaysia 2020.

Malah jelasnya lagi, program ini diadakan sempena ulang tahun ‘Angry Birds’ ke-10 di mana Rovio Entertainment telah bekerjasama dengan pengajuran di Malaysia, syarikat One Universal Production Sdn Bhd (OUP).

Perarakan daripada watak-watak utama Angry Birds dan tarian dipersembahkan khas kepada pengunjung.

Semestinya ia memberikan satu pengambaraan yang penuh keseronokan khas buat pengunjung yang mengunjungi Taman Tema Air Angry Birds Splash Water World yang pertama di dunia ini.

Sebelum itu, bagi mereka yang tertanya-tanya waktu dan hari beroperasi, ianya dibuka pada setiap hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad serta pada cuti umum dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

“Selepas ini Angry Birds Splash Water World akan menjelajah ke Utara dan Selatan bagi memberi peluang kepada penunjung di sana merasai sendiri pengalaman ini,” katanya.

Tambah Genie lagi, tiket yang dijual adalah sangat terhad iaitu 2,000 tiket untuk setiap hari dan ini bertujuan bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.

Bagi anda yang tertanya-tanya akan harga tiket, bagi kanak-kanak (2 hingga 12 tahun) dan warga emas harga tiket ialah RM40, manakala tiket bagi dewasa (13 hingga 59 tahun) ialah RM53.

Di samping itu, terdapat juga pakej keluarga iaitu dua kanak-kanak dan dua dewasa di mana harganya jauh lebih murah berbanding jika anda membeli secara berasingan dengan hanya RM167.50.

Untuk pengetahuan anda harga tiket diatas termasuk dengan servis SST.

Jadi tunggu apa lagi, jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenaik pembelian tiket Angry Birds Splash, anda boleh kunjungi di laman web www.ticket2u.com.my/event/15739.

taman tema air , angry birds splash