suria

Penilaian telah dibuat... berikut senarai 20 syarikat penerbangan terbaik 2020

Air New Zealand mengetepikan pemenang tahun lalu, Singapore Airlines, selain ANA, Qantas dan Cathay Pacific.

SYARIKAT penerbangan terbaik di dunia untuk 2020 telah dinamakan oleh AirlineRatings.com, satu-satunya laman web penilai produk dan keselamatan dunia.

Syarikat penerbangan tersebut adalah Air New Zealand!

ARTIKEL BERKAITAN: Awas zombi terlepas! Rasai pengalaman ngeri dikejar ‘hantu’ di Rumah Seram Train To Busan, Resorts World Genting

Syarikat penerbangan dari negara kiwi itu mengetepikan pemenang tahun lalu, Singapore Airlines, selain ANA, Qantas dan Cathay Pacific.

Singapore Airlines menduduki tangga kedua penerbangan terbaik dunia. 

Air New Zealand diberi penghormatan untuk kali keenam bagi pencapaiannya yang memecah rekod, memenangi pelbagai anugerah inovasi penerbangan, keselamatan operasi, kepimpinan alam sekitar dan motivasi kakitangannya.

Faktor-faktor ini jelas membuktikan syarikat penerbangan itu sebagai pemimpin dalam industri.

Kriteria Penerbangan Terbaik 2020

Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan AirlineRatings.com dinilai oleh tujuh editor yang mempunyai banyak pengalaman industri, menggabungkan audit-audit utama keselamatan dan kerajaan dengan 12 kriteria utama merangkumi umur pesawat, ulasan penumpang, keuntungan, penarafan pelaburan, penawaran produk dan hubungan kakitangan.

Emirates unggul dengan hiburan dalam penerbangan terbaik serta penerbangan jarak jauh terbaik Timur Tengah. 

Ketua Editor Airline Ratings Geoffrey Thomas berkata: "Dalam analisis kami, Air New Zealand muncul nombor satu dalam kebanyakan kriteria audit, yang merupakan satu prestasi cemerlang apabila ia mengatasi syarikat penerbangan lain dari segi skala dan lebih banyak sumber dalam senarai syarikat penerbangan terbaik untuk tahun 2020.

"Komitmen Air New Zealand untuk cemerlang dalam semua aspek perniagaannya bermula dengan pentadbiran cemerlang dan salah satu pasukan eksekutif terbaik dalam bidang penerbangan melalui satu tenaga kerja yang memberikan khidmat konsisten terhadap strategi syarikat dan janji kepada pelanggan," katanya.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air New Zealand, Jeff McDowall berkata memenangi anugerah kali keenam kali dan mencatat rekod merupakan bukti usaha 12,500 kakitangan syarikat yang memberi tumpuan kepada penyampaian pengalaman unik bertaraf dunia negara itu kepada pelanggannya setiap hari.

Cathay Pacific berada di tangga kelima senarai itu.

Air New Zealand juga menang anugerah kategori Premium Kelas Ekonomi Terbaik.

Berikut senarai penuh 20 syarikat penerbangan terbaik dunia 2020.

20. Etihad Airways

19. Delta Airlines (Penerbangan Jarak Jauh Terbaik Amerika)

18. Alaska Airlines

17. Bristish Airways

16. Hawaiian Airlines

15. Korean Air

14. KLM

13. Japan Airlines

12. Finnair

11. Lufthansa (Penerbangan Jarak Jauh Terbaik Eropah)

10. Virgin Australia (Kru Kabin Kelas Ekonomi Terbaik)

9. Qatar Airways (Katering Terbaik, Kelas Perniagaan Terbaik)

8. EVA Air

7. Virgin Atlantic

6. Emirates (Hiburan Dalam Penerbangan Terbaik, Penerbangan Jarak Jauh Terbaik Timur Tengah)

5. Cathay Pacific (Penerbangan Jarak Jauh Terbaik Eropah)

4. Qantas (Perkhidmatan Terbaik Penerbangan Domestik, Lounge Terbaik)

3. All Nippon Airways

2. Singapore Airlines

1. Air New Zealand (Permium Kelas Ekonomi Terbaik.

Artikel Lain