Bekas bunker Nazi diubah jadi hotel mewah, bakal dibuka pada 2021 - Destinasi | mStar

Bekas bunker Nazi diubah jadi hotel mewah, bakal dibuka pada 2021

Gambaran bagaimana bekas bunker Nazi akan kelihatan apabila ia siap kelak dan berubah wajah menjadi sebuah hotel mewah 136 bilik, selain dilengkapi dengan bar, kafe dan restoran.

JERMAN terkenal dengan ekonomi negaranya yang berkembang pesat dan menjadi pusat pelancongan utama di rantau Kesatuan Eropah.

Selain Berlin yang menjadi bandar tumpuan pelancong, Hamburg juga tidak kurang menariknya dan sering dikunjungi dek begitu popular sebagai bandar pelabuhan untuk kapal-kapal yang memasuki negara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hotel mewah 150 bilik transformasi bangunan bakul piknik! 

ARTIKEL BERKAITAN: 'Pulau anak patung penuh misteri', rebut tawaran menarik percutian ke destinasi berhantu! 

Bagi yang mempunyai rencana untuk ke Hamburg sedikit masa lagi, apa kata anda cuba menginap di sebuah hotel yang pernah dijadikan bunker atau kubu pertahanan tentera Nazi ketika Perang Dunia Kedua beberapa lama dahulu.

Bakal dibuka pada pertengahan 2021, bekas bunker ini akan ditransformasikan menjadi sebuah hotel mewah 136 bilik, selain dilengkapi dengan bar, kafe dan restoran.

Bunker yang dibina pada 1942 ini juga dikenali sebagai Flakturm IV Hochbunker.

Mendapat sentuhan rekaan oleh NH Hotel Group yang berpangkalan di Sepanyol, bangunan lima tingkat itu diinspirasikan bentuk piramid pada bahagian atasnya.

Sedikit fakta mengenai bunker ini, ia dibina pada 1942 dalam masa hanya 300 hari oleh tawanan perang bagi melindungi rakyat daripada serangan udara.

Dikenali sebagai Flakturm IV Hochbunker, bunker itu direka untuk menampung 18,000 orang, tetapi semasa serangan udara pada musim panas sekitar 1943, dipercayai hampir 25,000 orang berlindung di sana.

Selepas perang tamat, wujud rancangan untuk merobohkan bangunan tersebut namun ia dibatalkan.

Flakturm IV Hochbunker kekal menjadi salah satu mercu tanda di bandar tersebut.

Pada ketika ini, ia menjadi tempat berlangsungnya persembahan muzik live, mempunyai beberapa kelab malam dan mempunyai ruang untuk artis dan pemuzik. - Dailymail.co.uk

bunker , Nazi , Jerman , hotel