suria

Selepas 5 tahun menyepi, Matic Fest 2019 buat come back angkat tema 'Experience Tourism'

Pelbagai aktiviti menarik di 'MaTiC Fest 2019' menanti pengunjung pada 1 hingga 3 November ini.

ACARA Matic Fest akhirnya membuat come back dengan mempromosikan produk pelancongan dan kebudayaan.

Dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) melalui Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Matic Fest 2019 dijadualkan berlangsung mulai 1 hingga 3 November 2019 ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia kini destinasi nombor 1 pilihan pelancong Asia Barat

Menurut Pengarah Matic, Rudy Irwan Shukaime, pelbagai aktiviti serta program menarik menanti sasaran 7,000 pengunjung, bukan hanya hiburan tetapi turut memberikan pengalaman unik selaras tema Experience Tourism.

Selepas lima tahun menyepi, semestinya ramai yang tidak sabar untuk memeriahkan acara ini.

Rudy Irwan Shukaime (tengah) ketika berucap di majlis sidang media 'MaTiC Fest 2019' di Ampang, Kuala Lumpur. 

"Sedikit kelainan bagi Matic Fest 2019 berbanding program pada 2014 dahulu. Kali ini pelbagai aktiviti disediakan bagi mempromosikan kebudayaan serta produk pelancongan negara.

"Selain itu, kami turut menyediakan kira-kira 40 tapak reruai yang menawarkan pelbagai produk seni, kraf dan warisan serta hidangan masyarakat tempatan mengikut negeri seperti nasi kerabu, nasi dagang, char koey teow, rojak, asam pedas dan sebagainya," kata Rudy ketika ditemui di Majlis Sepetang Bersama Media di Matic, Jalan Ampang pada Khamis.

Acara ini sesuai bagi memperkenalkan produk pelancongan dan kebudayaan kepada pengunjung sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (TM2020).

Poster bagi MaTiC Fest 2019.

"Ia juga seiring usaha untuk mempromosi Matic sebagai pusat sehenti yang menyediakan kemudahan pelancongan daripada segi perkhidmatan serta kemudahan," katanya mengenai acara yang terbuka kepada orang ramai secara percuma.

Tambah Rudy, pihaknya berharap program kali ini dapat menarik perhatian pengunjung untuk bersama menyemarakkan lagi penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2020 pada tahun hadapan.

Antara aktiviti-aktiviti menarik menanti pengunjung ialah:

1. Pertandingan gusti lengan 

2. Larian Budaya TMM2020

3. Pertandingan Hot Wheels

4. Pertandingan mencanting batik

5. Pertandingan gasing

6. Sukan rakyat

MaTiC Fest 2019, kebudayaan, VM2020

Artikel Lain