Suka lihat pramugari bertugas? Ini 12 benda yang sering dibawa mereka ketika terbang! - Destinasi | mStar

Suka lihat pramugari bertugas? Ini 12 benda yang sering dibawa mereka ketika terbang!

Terdapat beberapa barangan yang 'wajib' dibawa pramugari setiap kali bertugas di awan biru.

TUGAS seorang pramugari bukannya mudah kerana mereka perlu melayan kerenah berbeza penumpang setiap hari.

Sesukar mana pun tanggungjawab itu mereka tetap akan tersenyum dan memberi layanan dengan sebaik mungkin bagi memastikan penumpang selesa dan gembira.

Sebenarnya terdapat beberapa benda yang sering dibawa oleh petugas pesawat ini bagi memastikan diri mereka sentiasa berasa selesa dan cergas ketika melayan penumpang.

1. Tongkat Selfie

"Salah satu gajet kegemaran saya adalah tongkat selfie," kata Jay Robert. Ini kerana katanya, apabila berhenti di sesuatu negara, dia akan menggunakannya untuk merakamkan gambar menarik untuk Instagram.

2. Pelembap

Berada udara mudah membuatkan kulit seseorang kering dan pelembap adalah pelindung pramugari bagi memastikan mereka sentiasa segar.

3. Vitamin

"Saya selalu membawa vitamin terutamanya jika cuaca sejuk bagi mengelakkan saya jatuh sakit," kata Angelina Perez seorang pramugari syarikat penerbangan Delta.

4. Baju renang

Kesempatan menginap di hotel selepas penerbangan panjang membuatkan pramugari tidak melepaskan peluang untuk beristirehat dan berenang. Jadi baju renang adalah kemestian.

5. Pelembap bibir

"Perkara yang boleh membuatkan saya marah sekiranya terlupa membawa pelembap bibir," kata Lucas Manente.

"Bibir saya mudah kering dan pelembap adalah penyelamat saya," ujarnya.

6. Buku nota

Kebanyakan pramugari dan pramugara akan membawa buku nota bagi mencatat perkara menarik sepanjang penerbangan. Ia juga sebagai terapi apabila perlu bekerja dalam tempoh panjang di udara.

7. Hotspot Wifi Peribadi

Bekerja sebagai pramugari membuatkan seseorang itu berada di beberapa negara dalam tempoh singkat sehingga menyukarkan komunikasi.

Jalan paling mudah adalah dengan membawa sendiri hotspot wifi ke mana sahaja mereka pergi.

8. Buku

"Apabila ditugaskan untuk penerbangan yang panjang, saya gemar membaca buku," Melissa.

9. Jaket

"Jaket adalah penyelamat kerana anda tidak akan tahu bila anda memerlukannya," Shane Meadow, Delta Airlines.

10. Kasut

Kasut bertumit tinggi ketika bertugas boleh membuatkan seseorang itu tidak selesa dan sebab itu pramugari akan bawa kasut tambahan yang lebih selesa untuk dipakai apabila tidak berhadapan dengan penumpang.

11. Telefon

Ia bukan sahaja untuk membuat panggilan tetapi sangat berguna bagi menyelesaikan perkara lain seperti bil kad kredit, sewa rumah dan sebagainya meskipun berada di negara asing.

12. Pakaian sukan

"Saya suka membawa baju dan kasut sukan supaya senang saya bersenam apabila berkesempatan," kata Melissa.

pramugari , pesawat , kayu selfie , kasut , baju renang