suria

Kru kabin dedah jenis penumpang bakal diusir dari pesawat

Gambar hiasan. -fotoGetty

DALAM sesuatu penerbangan, kru kabin mempunyai banyak tanggungjawab bagi memastikan perjalanan aman dan selamat.

Namun, berdepan dengan pelbagai jenis manusia yang dihimpunkan dalam satu ruang sempit pesawat kadang-kala boleh menimbulkan masalah.

Dengan tahap keselamatan maksimum, pembantu penerbangan mematuhi polisi dengan sebaiknya bagi memastikan kesejahteraan semua penumpang.

Jika ada penumpang yang buat hal, mereka pastinya akan dikenakan tindakan usir dari pesawat.

Bercakap kepada Business Insider, seorang pembantu penerbangan, Anette Long menjelaskan mereka hanya mahu bertugas tanpa sebarang gangguan.

"Semua orang termasuklah juruterbang, kru dan penumpang mahu tiba ke destinasi dengan selamat.

"Jika ada yang bertindak agresif terhadap kami tidak kira secara lisan atau perbuatan, pihak kami memang tidak boleh bertoleransi.

"Ini semua membabitkan keselamatan semua penumpang dalam pesawat, mereka pastinya akan diusir," ujar Anette.

Jelasnya, mencarut terhadap kru penerbangan juga dikira sebagai kesalahan yang membawa kepada tindakan dihalau dari pesawat.

Malah, penumpang yang mabuk juga berdepan dengan tindakan sama.

Ini kerana mereka boleh bertindak di luar kawalan dan memberi risiko terhadap penerbangan dan penumpang lain.

"Bukan itu sahaja, jika ada yang melanggar arahan asas seperti pemakaian tali pinggang keledar pun boleh dikenakan tindakan."

Namun, ini tidak bermakna kru penerbangan yang membuat keputusan untuk mengusir seseorang keluar dari pesawat.

Semua keputusan pengusiran akan diputuskan oleh juruterbang.

"Sudah pasti bukan saya yang membuat keputusan. Jika berlaku kes seperti yang disebutkan, saya akan memaklumkan kepada juruterbang sebelum tindakan lanjut darinya," kata Anette. -expressUK

kru kabin, penumpang

Artikel Lain