suria

Tak Sempat Tempah Percutian, Teroka Bandar Sendiri Pun OK!

MENJELANG akhir tahun yang semakin pantas menghampiri kita, masih ramai sebenarnya yang belum dapat berkunjung ke tempat percutian yang diidamkan.

Mungkin kerana sibuk atau timbul masalah pada saat akhir menyebabkan perancangan untuk bercuti itu terganggu.

Tetapi, jika segala urusan sudah selesai, masih ada masa untuk anda merancang dan menempah percutian segera pada saat-saat akhir ini.

Dengan ciri kemudahan tempahan bagi perjalanan tempatan pada saat akhir yang ditawarkan, ia merupakan satu peluang hebat untuk anda meneroka bandar anda sendiri.

Travel and Tech Study Agoda mendapati 75 peratus penduduk Malaysia ingin lebih meneroka negara mereka sendiri.

Pengarah untuk Jenama dan Komunikasi Global Agoda, Andrew Edwards mengulas: "Percutian di bandar anda sendiri ialah satu peluang hebat untuk mengetahui segala yang digemari oleh pelancong luar negara mengenai lokasi tempat tinggal anda, tetapi tanpa mengalami lesu jet, kesukaran bahasa dan kekeliruan umum."

Data tempahan Agoda menunjukkan sembilan daripada 10 destinasi akhir tahun paling popular untuk pelancong Malaysia pada tahun 2016 ialah destinasi tempatan.

Berikut merupakan beberapa lokasi percutian paling menginspirasikan di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya bagi membolehkan anda meneroka semula kawasan anda sendiri.

Hotel Mandarin Oriental


Para pelancong boleh mendaftar masuk ke Mandarin Oriental dan kemudian berjalan melangkah keluar ke Menara Berkembar Petronas atau taman-taman hijau di Kuala Lumpur City Park.

Hotel ini terletak berdekatan antara kedua-dua lokasi. Dengan lokasinya yang strategik, ia mengajak anda mencuba pelbagai aktiviti sekitar kota termasuklah mencuba hidangan tempatan dan luar negara, membeli-belah dan menikmati kemeriahan aktiviti malam.

Resort Avani Sepang Goldcoast


Dikelilingi perairan terlindung semenanjung Malaysia, para pelancong boleh mendaftar masuk ke Resort Avani Sepang Goldcoast dan keluar berjalan-jalan menghirup udara segar pantai. Hanya sejam pemanduan dari Kuala Lumpur, lokasi tersembunyi ini menawarkan ketenangan dan keindahan yang tidak pernah anda bayangkan berada di dekat dengan Kuala Lumpur.

Rumah Pokok Terra, Cameron Highlands


Pelancong yang gemarkan pengembaraan dan inginkan cabaran di hutan perlu memilih Rumah Pokok Terra.

Hotel Maison


Dengan menyediakan bilik-bilik bertema secara kreatif, pengunjung boleh membawa diri mereka menuju dunia imaginasi masing-masing di tengah-tengah bandar. Daftar masuk ke Hotel Butik Maison yang megah dan kemudian keluarlah ke kawasan beli-belah Segi Tiga Emas Kuala Lumpur, Berjaya Times Square, mahupun Sungei Wang Plaza, kesemuanya terletak berdekatan antara satu sama lain.

percutian segera, bercuti KL

Artikel Lain