Lari Dari Kebiasaan Kota London - Destinasi | mStar

Lari Dari Kebiasaan Kota London

-fotoAFP

OXFORD Street, Big Ben, Tower Bridge, Westmister Abbey adalah antara lokasi klise  bagi pelancong yang mengunjungi kota London.

Bagi sesiapa yang mengunjungi kota terkenal dunia ini tanpa tetapi tidak melawat lokasi wajib itu tentunya tidak sah lawatan mereka.

Tetapi sebenarnya banyak lagi lokasi yang menarik di dalam dan pinggir kota London yang belum menjadi pilihan terutama bagi pelancong Malaysia.

Apa kata kita kita tinjau dulu keistimewaan lokasi-lokasi lain yang turut menjanjikan kepuasan dalam kembara di kota London.

Sepagi di Kensington Garden



Terletak bersebelahan taman popular Hyde Park, Kensington Garden tidak kurang cantik dan menarik. Landskap indahnya seolah-olah bukan terletak di tengah-tengah kota London yang sibuk.

Taman seluas 108 hektar ini menjadi sebahagian daripada kawasan hijau kota London.


Sambil melihat burung dan angsa liar bermain di tasik kecil di taman ini, pengunjung juga boleh menyewa basikal dan meneroka taman ini.

Kensington Garden juga menjadi taman kegemaran Lady Diana.


Bukan itu saja, taman ini turut menempatkan Istana Kesington yang pernah menjadi kediaman rasmi mendiang Lady Diana.

Bagi memperingati Puteri Wales itu, Taman Memorial Puteri Wales Diana dibina bersebelahan dengan taman kanak-kanak Peter Pan.

Murah-murah di Primark


-fotoReuters

Kunjungan ke kota London pastinya tidak sah tanpa aktiviti membeli belah.

Oxford Street sememangnya terkenal dalam kalangan pelancong ke kota ini. Sepanjang jalan dipenuhi pelbagai kedai membeli-belah dengan jenama terkemuka yang pastinya sukar dielakkan.

Namun, bagi pelancong yang mahu memilih barangan berkualiti dengan harga murah dan berpatutan, rangkaian kedai Primark adalah jawapannya.

Primark yang terletak di Oxford Street berhampiran Marble Arch, menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar negara kerana barangan yang ditawarkan dengan harga berpatutan.

Daripada pakaian bayi, kanak-kanak, dewasa hinggalah aksesori serta produk kecantikan, semuanya dijual di Primark dengan harga yang sangat murah.

Tenang di Bourton On The Water


Damai di Bourton On The Water

Terkenal dengan jolokan 'Venice of Cotswold', pekan kecil yang terletak di pinggir kota London tidak kurang menariknya.

Bourton On The Water berada di kawasan Cotswold yang terkenal dengan keindahan dan kecantikan alam semulajadinya.

Dengan sungai jernih dan cetek yang menjadi tempat mainan kumpulan itik, yang berada di tengah-tengah pekan ini, melengkapkan lagi landskap indah pekan kecil ini.

Kunjungan ke pekan ini pasti tidak lengkap jika tidak singgah di Model Village.

Ia adalah replika mini pekan kecil ini yang dibuka kepada orang ramai sejak 1937.

Bukan hanya replika binaan bersaiz kecil tetapi juga pokok turut ditanam menggunakan kaedah bonsai.

bercuti London , menarik London

Artikel Sebelum

Syok Satay...Bukan Sekadar Sate

Artikel Berikut

PERADUAN 'Mai La Cuti Sekolah' (Minggu 4)