suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Surau Kini Tersedia Lotte Department Store, Seoul

SEBUAH surau telah dibuka di Lotte Department Store di Jamsil, Seoul, dalam usaha memberikan kemudahan kepada pelancong Islam yang semakin ramai berkunjung ke Korea Selatan.

Surau baharu ini terletak di tingkat 11 bangunan tersebut.

Kemudahan yang disediakan ini begitu lengkap, tak ubah seperti sebuah surau di negara kita.

-foto Gaya Travel

Bilik berukuran 49.6 meter persegi itu mengandungi tiga bahagian iaitu ruang solat mengambil wuduk dan ruang solat untuk lelaki dan perempuan.

Beberapa naskhah al-Quran dan sejadah turut disediakan di atas rak yang disediakan, termasuklah penunjuk arah kiblat.

Pihak pengurusan Lotte berkata mereka juga akan menyediakan telekung dalam masa terdekat.

Lotte Department Store juga merancang untuk membuka restoran halal dalam mewujudkan suasana mesra Muslim di negara itu.

-fotoCOEX

Surau pertama yang dibuka di Korea adalah di Coex Mall pada Januari 2016. -thekoreatimes

Artikel Sebelum

Makan Mi Udang Di Bendang

Artikel Berikut

Artikel Lain