suria

Bintang bola sepak England tahun 90-an jadi posmen, gembira dengan kerjaya baharu - "Mereka akan jemput minum kopi dan bersembang"

Webb kini menjadi posmen selepas bersara daripada dunia bola sepak.

SIAPA sangka, bintang bola sepak England suatu masa dahulu mengambil keputusan untuk menjadi posmen selepas 'menggantung' kasut bolanya.

Neil Webb yang juga pemain sayap Manchester United juga hanya memperoleh kira-kira £220 (RM1,187.77) seminggu berbanding gajinya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat dakwa jaringan hatrik Ramos undang 'kemarahan' Ronaldo... Sebar gambar senyuman palsu

Pun begitu, dia mengakui sangat gembira dengan tugasan baharu itu selepas bersara daripada arena bola sepak bersama Grimsby Town pada tahun 1997

"Saya mengambil masa yang lama untuk mencari kawasan kediaman bagi menghantar barang.

"Apabila orang mengetahui kehadiran saya, mereka terus menjemput untuk minum kopi dan bersembang," katanya sambil menambah tiada mana-mana pemain bola sepak sejak 10 tahun lalu akan melakukan pekerjaan sepertinya itu.

Webb juga pernah membintangi Nottingham Forest.

Webb juga pernah membintangi Nottingham Forest.

Menyusuri kejayaannya suatu masa dahulu, Webb pernah menghabiskan empat musim di Old Trafford, memenangi Liga Perdana, Piala FA, dua Piala Liga dan Piala Super UEFA.

Dia juga membuat 28 penampilan untuk Three Lions dan merupakan sebahagian daripada skuad yang mara ke separuh akhir Piala Dunia pada 1990.

Dia mungkin akan menjadi salah seorang daripada Sir Bobby Robson sekiranya tidak mencederakan Achillesnya semasa perlawanan menentang Sweden.

Webb juga merupakan salah seorang pemain bola sepak yang bermain di bawah Sir Alex Ferguson dan Bryan Clough sebelum berpindah ke United pada 1992.

Dia menghabiskan empat musim di Nottingham Forest dan kemudian kembali ke kelab itu pada 1996. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain