suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukan SEA Hanoi: Dhabitah sumbang emas pertama, harap jadi motivasi atlet lain

Dhabitah sumbang emas acara terjun.

ATLET terjun wanita kebangsaan, Nur Dhabitah Sabri berjaya merangkul pingat emas pertama negara dalam kejohanan Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam pada Ahad

Menerusi pencapaian cemerlangnya itu, Nur Dhabitah berharap ia akan menjadi motivasi kepada barisan atlet Kontinjen Malaysia untuk mencipta kejayaan.

Menerusi saingan final acara 1 meter (m) papan anjal individu di Pusat Akuatik My Dinh, Dhabitah mengenepikan saingan rakan senegara Kimberly Bong yang menamatkan acara tersebut di tempat kedua sekali gus menyumbang pingat perak untuk Malaysia.

Katanya, sumbangan tersebut diharapkan dapat memberi semangat kepada atlet lain untuk bekerja keras mendapatkan pingat emas kerana cabaran yang dilalui bukanlah mudah.

Terdahulu, terjunan emasnya gagal disaingi oleh penerjun lain apabila Dhabitah menyempurnakan kesemua tujuh terjunan dengan kemas untuk mengumpul mata keseluruhan 290.45.

Kemenangan tersebut diharapkan mampu dituruti oleh kesemua 612 atlet negara yang menyertai temasya Sukan SEA kali ini bagi bersaing dalam 37 jenis sukan.

Sukan SEA Vietnam akan berlangsung dari 12 hingga 23 Mei ini. - Awani

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain