suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zaman dah berlalu? Messi tak tercalon sebagai Pemain Terbaik Liga Perancis

Messi sebelum ini pernah memenangi tujuh anugerah Ballon d'Or. Foto: AFP.

HIDUP ini umpama putaran roda.

Ada kala kita di atas, ada masanya kita berada di bawah.

Begitulah juga kisahnya mengenai pemain bola sensasi Lionel Messi yang tidak tercalon sebagai Pemain Terbaik Liga Perancis pada musim ini.

Messi yang meninggalkan Barcelona dan menyertai Paris Saint-Germain (PSG) pada musim panas lalu pernah memenangi tujuh anugerah Ballon d'Or.

Selain itu, Messi juga banyak membawa kejuaraan buat Barcelona sebelum ini.

Bagaimanapun, Mirror melaporkan Messi tidak termasuk dalam pencalonan pemain terbaik Liga Perancis musim ini.

Untuk rekod, rakan sepasukannya sendiri, Kylian Mbappe tersenarai dalam pencalonan tersebut.

Pemain lain yang dicalonkan ialah Wissam Ben Yedder (AS Monaco), Dimitri Payet (Marseille), Martin Terrier (Stade Rennais), dan Lucas Paqueta (Lyon). - Detik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain