suria

Jersi ikonik Maradona dijual pada harga RM38.4 juta kepada pembida misteri

Jersi ikonik yang dipakai Maradona dijual dengan harga lebih £7 juta (RM38.4 juta) dalam satu lelongan.

JERSI ikonik yang dipakai oleh legenda yang diberi gelaran 'Tangan Tuhan' (Hand of God), Diego Maradona, berjaya dijual dengan harga lebih £7 juta (RM38.4 juta) dalam satu lelongan.

Legenda Argentina itu memakai jersi tersebut apabila dia menjaringkan gol dengan tangannya melepasi Peter Shilton pada Piala Dunia 1986 di Mexico.

Maradona bertukar jersi dengan pemain England, Steve Hodge dan ia kini telah dijual pada harga RM38.4 juta selepas lelongan selama sebulan diadakan oleh Sotheby's.

Ia menjadikannya sebagai baju termahal yang pernah dijual.

Pembida tanpa nama memenangi lelongan tersebut, dengan bidaannya melepasi rekod sebelum ini iaitu £4.4 juta(RM24 juta), yang dibayar untuk jersi yang dipakai pemain New York Yankees, Babe Ruth pada 2019. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain