suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ancelotti bagi ‘hint’ mahu bersara selepas kendali Real Madrid

Ancelotti memberi bayangan mahu bersara selepas selesai tugasan bersama Real Madrid. Foto: Getty Images

JURULATIH Real Madrid, Carlo Ancelotti berkata, dia berkemungkinan bersara apabila meninggalkan juara La Liga itu, namun bersedia untuk kekal di Santiago Bernabeu selama beberapa tahun lagi.

Pengendali dari Itali berusia 62 tahun itu pada Sabtu lalu muncul sebagai jurulatih pertama memenangi gelaran di lima liga utama di Eropah dengan yang terbaru bersama Real.

"Selepas Real (Madrid), saya mungkin akan berhenti," kata Ancelotti kepada Prime Video dalam temu bual yang disiarkan pada Selasa.

"Tetapi, jika Real mengekalkan saya selama 10 tahun, saya akan bersama mereka selama 10 tahun," sambungnya.

Dia kini terikat kontrak dengan kelab gergasi Sepanyol itu sehingga 2024, selepas menyertai semula kelab itu untuk kali kedua, tahun lalu, dari Everton. - France24.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain