suria

Tinggalkan kerjaya model pakaian dalam, wanita jelita jadi pengadil Serie A

Claudio meninggalkan kerjaya sebagai model untuk menjadi pengadil Serie A. foto Daily Star

SEORANG warga Itali, Claudia Romani pernah meninggalkan kerjayanya sebagai model pakaian dalam untuk mengejar peluang menjadi pengadil Serie A.

Pelakon dan supermodel berusia 39 tahun itu, pernah menghiasi muka depan majalah Playboy, Cosmopolitan dan GQ, memutuskan untuk melakikan profesion baharu.

Menurut laporan Daily Mail pada 2014, Romani berkelayakan untuk mengendalikan kedua-dua perlawanan Serie A dan Serie B.

Digelar sebagai 'pengadil paling menarik' di dunia, dia mendakwa: "Berlari-lari padang dengan semua pemain itu dan mengadili adalah satu peluang yang sukar ditolak."

Sokongannya terhadap kelab gergasi Serie A,AC Milan kemudiannya mencetuskan kekecohan pada 2016 apabila peminat menuduhnya bersikap berat sebelah.

Ia berlaku selepas dia bergambar dengan berpakaian dalam dan baju Milan, menyebabkan sesetengah pihak mempersoalkan sama ada sokongan itu mempengaruhi tugasnya sebagai pengadil.

Malah, aktivis hak asasi haiwan itu juga pernah menjalinkan hubungan dengan penyerang legenda dan pengurus Milan, Filippo Inzaghi.

Dia kini menetap di Miami, Florida di Amerika Syarikat (AS) dan nampaknya kerjaya pengadilnya berhenti buat masa ini.

Walau bagaimanapun, Romani terus menjadi perhatian dengan memuat naik gambar-gambar seksi di laman Instagram sehingga mempunyai 1.4 juta pengikut. - Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain