suria

“Saya tidak ugut sesiapa dengan pistol untuk beli semula Pogba” - Ejen

Paul Pogba. Foto Rueters

MINO Raiola kembali menjadi isu di Manchester United, dengan menegaskan bahawa dia tidak memaksa mereka untuk membeli semula Paul Pogba.

Manchester United melepaskan Pogba pada 2012 apabila dia enggan menandatangani kontrak baharu.

Dia kemudian menyertai Juventus sebelum Manchester United membelinya semula pada 2016.

Pogba terlepas dengan kebanyakan perlawanan musim ini kerana mengalami kecederaan buku lali.

Dia kembali semasa dalam perlawanan menentang Watford dan Newcastle.

Bagaimanapun, dia kini menjalani satu lagi pembedahan dan keluar untuk masa depan yang boleh dijangka.

Bercakap kepada Voetbal International, Raiola yang merupakan ejen Pogba berkata: "Saya tidak mengugut sesiapapun di Manchester United dengan pistol untuk membeli semula Pogba.

"Alex Ferguson datang terus kepada saya dan Paul, yang dibenarkan, tapi di mana beliau apabila penggantinya membeli semula Paul?

Beberapa laporan menunjukkan Raiola memperoleh komisen yang besar daripada perjanjian kontrak bersama Pogba. 

Mengulas laporan itu, dia berkata: "Perjanjian Pogba itu selalu datang kembali, kerana kawan-kawan saya dari Fifa dikatakan mempunyai undang-undang privasi untuk mempengaruhi pendapat umum.

'Ia sangat pelik bahawa mereka bercakap mengenai bayaran saya, tetapi anda tidak mendengar Fifa apabila Ajax mendapat €150 juta (RM685 juta) untuk dua orang. Ia emudiannya hebat dan Ajax telah melakukannya dengan baik." - Mail Online

Artikel Lain