suria

Ozil bimbang bermain untuk Arsenal buat kali terakhir

Mesut Ozil. Foto Reuters

MESUT Ozil bimbang dia akan bermain dalam perlawanan terakhirnya untuk Arsenal.

Arsenal kini merancang untuk cuba mengeluarkan bintang itu dari pasukan pada Januari depan, dan sedia untuk memberi subsidi gaji selepas Ozil bukan lagi menjadi pilihan pengurus, Unai Emery.

Enery menegaskan bahawa Ozil tidak layak jika dibandingkan dengan sebahagian pemuda muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Ozil tak layak dalam skuad Arsenal - Emery

Ia sekali gus memberi gambaran mengenai kariernya di Arsenal akan berakhir.

Unai Emery. Foto Reuters

Ozil yang bakal berusia 31 tahun minggu depan dipercayai tiada peluang baginya dan kelab itu sedia untuk menyingkirkannya.

Terdahulu, Ozil menjelaskan bahawa dia tidak mahu meninggalkan Arsenal dan suka menetap di London, United Kingdom. 

Dia bagaimanapun dikatakan tidak memenuhi rancangan atau matlamat Emery buat Arsenal.

Malahan, pengurus tersebut tidak kagum dengan sikap Ozil semasa berlatih. - Mirror UK

Arsenal, Mesut Ozil, Unai Emery

Artikel Lain