suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu cukai: Messi akui pernah terfikir tinggalkan Camp Nou selepas dilayan teruk

Lionel Messi.

LIONEL Messi mengakui dia pernah terfikir mahu meninggalkan Barcelona kira-kira lima tahun lalu.

Bintang Argentina itu disiasat kerana kesalahan mengelak cukai pada 2013 sehingga memberi kesan terhadap hubungannya dengan kelab dan juga Sepanyol.

Malah tempoh sukar itu menyebabkan Messi berfikir dua kali untuk menghabiskan kariernya di Camp Nou.

"Ada saat dimana saya penat atas banyak sebab.

"Pada 2013 dan 2014 ketika saya ada masalah dengan Hacienda (pihak berkuasa Sepanyol). Saya terfikir mahu angkat kaki bukan kerana Barca tetapi kerana saya mahu meninggalkan Sepanyol.

"Saya dilayan begitu teruk dan tidak mahu berada di sini lagi. Saya membuka pintu kepada banyak kelab.

"Ia tempoh sukar bagi saya dan keluarga kerana ramai tidak tahu apa yang saya lalui," katanya.

Terdahulu timbul desas-desus bahawa Messi boleh angkat kaki dari Camp Nou secara percuma pada hujung musim.

Namun Messi berkata dia gembira dapat menamatkan kariernya bersama The Catalan.

"Hari ini saya dan keluarga mengambil keputusan untuk terus berada di sini," katanya.  Daily Star

Lionel Messi, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain