suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ozil tak layak dalam skuad Arsenal - Emery

Mesut Ozil. Foto Reuters

PENGURUS Arsenal, Unai Emery mendakwa beberapa pemain lain lebih layak berbanding Mesut Ozil, demikian penjelasannya mengapa pemain itu tidak dimasukan dalam pasukan.

Bintang kelahiran Jerman itu merupakan pemain The Gunners yang menerima bayaran paling tinggi tetapi hanya membuat satu kemunculan dalam semua perlawanan musim ini.

Dia dikeluarkan daripada skuad sepenuhnya semasa kemenangan mereka terhadap Standard Liege dalam perlawanan Liga Europa.

Dalam perlawanan pada Khamis malam, Arsenal menang besar dengan 4.0.

Emery berkata: "Saya berfikir setiap kali untuk memutuskan pemain terbaik bagi setiap perlawanan dan pemain terbaik dalam skuad akan bermain dan membantu kita.

"Bila saya putuskan dia tidak berada dalam skuad, ia kerana saya fikir pemain lain lebih layak," tambahnya. - Mirror UK

Mesut Ozil, Arsenal, Unai Emery

Artikel Lain