suria

Pemain Tottenham Hotspur bimbang pengurus cari jalan keluar dari kelab

Mauricio Pochettino. Foto Reuters

PEMAIN Tottenham bimbang pengurus mereka, Mauricio Pochettino sedang mencari jalan untuk keluar dari kelab utara London itu.

Sumber memberitahu Sportsmail bahawa pengurus itu semakin kurang dilihat berada di pusat latihan kelab sejak kembali pada musim panas ini.

Sejak kekalahan 7-2 pada Selasa lalu di tangan Bayern Munich, buat pertama kali kelab itu ditewaskan sebanyak tujuh gol di kubu sendiri.

Pochettino menekankan betapa pentingnya kelab itu kerja berpasukan. 

Walau bagaimanapun, moodnya itu telah menyebabkan pemain berasa pengurus mereka mempunyai keraguan terhadap masa depannya sendiri.

Pochettino mempunyai hubungan yang baik dengan kebanyakan pemainnya, tetapi sumber menunjukkan bahawa pengurus itu semakin kurang dilihat dalam latihan, malah menonton beberapa sesi latihan dari jauh

Pengurus berusia 47 tahun itu mengetuai Spurs ke final Liga Juara-Juara musim lalu.

Bagaimanapun, beberapa pemain melihat perubahan dalam pengurus mereka sejak kembali dari musim panas. - Daily Mail UK


Artikel Berikut

Artikel Lain