suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho tolak tawaran Lyon, mahu cari kerja di England

Mourinho mahu mencari peluang pengurusan di England.

JOSE Mourinho menolak peluang mengisi kekosongan di Lyon.

Presiden  Lyon, Jean-Michel Aulas menghubungi bekas pengurus Manchester United itu untuk mengambil alih tugas Sylvinho yang dipecat Isnin lalu.

Namun menurut laporan di Perancis, Mourinho dikatakan menolak tawaran tersebut.

Jurulatih kelahiran Portugal itu mahu mencari pekerjaan di England berbanding pindah ke Perancis berikutan keluarganya masih berada di sana.

Berikutan itu, Aulas mengambil langkah kedua mensasarkan Laurent Blanc untuk membimbing kelab ini.

Sekiranya calon yang dipilih Aulas bersetuju, pengurus baharu akan dilantik sebelum minggu depan.

Lyon terdesak untuk mencari pengganti baharu selepas musim yang hambar dengan kedudukan ke-14 setakat ini yang menyaksikan posisi paling teruk sejak tahun 1995-96.

Bekas pemain pertahanan Arsenal itu hanya bertahan 141 hari sejak dilantik Mei lalu. - Dailymail.co.uk

Jose Mourinho, Lyon, England

Artikel Lain