suria

Zidane tolak tawaran kembali ke Santiago Bernabeu

Zidane letak jawatan sebagai pengurus Real pada musim panas lalu selepas menjuarai Liga Juara-Juara. - Foto AFP

ZINEDINE ZIDANE menolak peluang untuk kembali bergelar pengurus Real Madrid, menurut bekas presiden kelab itu, Ramon Calderon.

Zidane, 46, meninggalkan kelab tersebut pada musim panas lalu hanya selepas lima hari memenangi gelaran Liga Juara-Juara buat kali ketiga.

Calderon memberitahu BBC Radio 5 Live: "Saya tahu bahawa pagi ini presiden (Florentino Perez) memanggil Zidane untuk meminta dia kembali, dia kata bukan sekarang.

"Dia telah membuka pintu kemungkinan untuk kembali, pada Jun."

Zidane mengejutkan Real dengan berita letak jawatan tersebut beberapa hari selepas kemenangan menentang Liverpool yang menjadikannya pengurus pertama untuk menjuarai tiga Piala Eropah secara berturut-turut.

Bekas kapten Perancis itu belum menguruskan mana-mana pasukan sejak meninggalkan Real.

Kelab itu kemudian menggantikan Zidane dengan jurulatih Sepanyol, Julen Lopetegui dan ia merupakan satu kesilapan besar untuk kelab, jurulatih dan negara tersebut.

Namun, Lopetegui hanya sempat berkhidmat selama empat bulan, dengan Santiago Solari akhirnya mengambil tampuk pengurusan kelab gergasi tersebut.

Kini, Real dijangka akan menggantikan Solari dengan jurulatih ketiga pada musim ini. - This Day Live

Zinedine Zidane

Artikel Lain