suria

Neymar bengang keputusan pengadil punca PSG tewas kepada Manchester United

BINTANG Paris Saint-Germain (PSG) Neymar ternyata kecewa dengan keputusan sepakan penalti di minit akhir ketika bertemu Manchester United.

Pengadil perlawanan Damir Skomina merujuk penolong pengadil video (VAR) sebelum membuat keputusan sepakan penalti kepada United.

Pengadil Skomina merujuk VAR sebelum memberi keputusan sepakan penalti kepada United.

Marcus Rashford ditugaskan menyempurna tendangan penalti tersebut sekaligus menyaksikan PSG tersingkir daripada aksi Liga Juara-Juara musim ini.

Ketika pusingan pertama di Old Trafford bulan lalu, skuad PSG mencatat keputusan 2-0.

Namun Romelu Lukaku berjaya merapatkan jurang agregat ketika aksi di Paris dengan dua gol sebelum tendangan penalti di minit akhir oleh Rashford.

Neymar meluah rasa tidak puas hati kepada pengadil di Instastorynya.

Gol tungga PSG pada aksi kedua ini dijaringkan oleh Juan Bernat.

Neymar yang tidak beraksi dalam kedua-dua pusingan tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil Skomina.

Pemain antarabangsa Brazil itu mendakwa Skomina sebagai 'tidak faham bola sepak'.

"Ini amat memalukan. Dan mereka masih membiarkan 4 lelaki yang tidak faham bola sepak untuk melihat rakaman video, ini sepatutnya tidak berlaku.

"Bagaimana dia mengeluarkan tangannya apabila dia berada di belakang!," luah Neymar di Instastorynya.- Dailymail.co.uk

Neymar, PSG, Liga Juara-Juara

Artikel Lain