suria

Man United sedia jadikan Sancho pemain muda paling mahal dalam sejarah Liga Perdana

MANCHESTER United kini berebut dengan Paris Saint-Germain (PSG) untuk mendapatkan pemain muda Jadon Sancho.

The Red Devils bersedia untuk menjadikan Sancho yang berusia 18 tahun itu sebagai pemain Inggeris paling mahal dalam sejarah Liga Perdana.

Sancho telah menjaringkan sembilan gol dalam 14 aksi Bundesliga musim ini bersama Borussia Dortmund.

Pemain sayap itu masih mempunyai kontrak sehingga 2022 dan menurut laporan Mirror, Dortmund tidak akan menjual pemain tersebut.

Pendahulu Bundesliga itu mengikat Sancho dari Manchester City pada 2017.

Pengurus sementara United, Ole Gunnar Solskjaer amat berminat dengan pemain muda ini.

Setakat ini, perpindahan pemain Inggeris paling mahal adalah Kyle Walker yang diikat City pada tahun 2017 dengan harga 53 juta pound (RM285 juta).

Sancho kini dianggarkan bernilai 100 juta pound (RM538 juta) lebih kurang harga yang dibayar PSG ketika mendapatkan Neymar (198 juta pound) sebelum ini. - Dailymail.co.uk

Manchester United, Jadon Sancho

Artikel Berikut

Artikel Lain