suria

Mulut Messi berdarah, Pique marah Ramos

Pique. - Foto AP

KAPTEN Real Madrid terlibat dalam insiden perbalahan dengan bintang Barcelona pada babak pertama.

Lionel Messi berdarah di bahagian mulutnya selepas bertembung dengan pemain pertahanan Real, Sergio Ramos pada perlawanan La Liga Clasico Sabtu lalu, dakwa Gerard Pique.

Insiden antara Messi dan Ramos itu berlaku pada separuh babak pertama kemenangan 1-0 Barca di Santiago Bernabeu.

Kemenangan itu membawa pemain Ernesto Valverde 10 mata di puncak liga.

Ramos menendang bola melepasi Messi tetapi kelihatan seperti menolak tangannya ke wajah kapten Barcelona itu.

Messi dan Ramos berlaga kepala selepas bertengkar pada perlawanan di Bernabeu, Sabtu. - Foto AP

Rakan sepasukan Messi iaitu pemain pertahanan Sepanyol, Gerard Pique, secara jelas mengetahui siapa yang harus dipersalahkan atas insiden kontroversi itu.

"Ada darah di mulut Leo. Ia adalah satu serangan.

"Intensiti tidak perlu diukur. Saya boleh bermain dengan baik bersama pemain Real Madrid.

"Tetapi apabila anda masuk ke padang, anda akan mempertahankan pasukan anda dan persaingan adalah apa yang anda akan terima.

"Tetapi apabila permainan berakhir, pemain saling berbaik dan mereka sangat menghormati kami," kata Pique.

Barca juga menang di Bernabeu pada Rabu, kemenangan 3-0 di Madrid turut membolehkan mereka menempah tempat ke final Copa del Rey untuk tahun keenam berturut-turut. - Goal

Gerard Piqué

Artikel Lain