suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo tak kedekut, bawa kekasih berbelanja di butik mewah

PEMAIN bola sepak jutawan, Cristiano Ronaldo sememangnya mempunyai citarasa yang tinggi dalam berfesyen.

Begitu juga dengan teman wanitanya, Georgina Rodriguez yang kini berusia 25 tahun.

Terbaharu, pasangan itu dilihat membeli-belah di butik mewah, Prada.

Menerusi foto yang dirakam, Ronaldo kelihatan membawa dua beg kertas jenama popular itu.

Pasangan itu dirakam berjalan keluar menuju kereta dari butik mewah di Turin.

Ringkas dalam persalinan serba hitam, Ronaldo berjalan beriringan dengan kekasihnya yang mengenakan jaket denim.

Ronaldo dikatakan bertemu Georgina sewaktu dia bekerja di butik Gucci di Madrid, Sepanyol pada 2016.

Percintaan mereka mula dihidu media dan peminat, pada hujung tahun yang sama. - Daily Mail.

Cristiano Ronaldo, Prada

Artikel Lain