suria

Kekasih dedah kisah cinta selepas pemergian tragis Sala

TINGGAL KENANANGAN... Sala bersama Ungerer.

SEORANG atlet bola tampar Brazil, Luiza Ungerer mendakwa dia menjalin hubungan cinta dengan bintang Cardiff City, Emiliano Sala sejak 2017.

Malah Ungerer berkata dia akan mencintai Sala yang disahkan terkorban dalam nahas pesawat seumur hidupnya.

Ungerer yang beraksi untuk pasukan Perancis, Beziers Angels membuat pendedahan mengenai hubungan tersebut dengan agensi media Brazil, Globo.

Katanya, dia bertemu Sala semasa mewakili pasukan bola tampar wanita Nantes, di mana mereka sering berbalas mesej di media sosial pada September 2017.

Ungerer berkata kali terakhir dia bertemu sala pada sambutan hari lahirnya 14 Januari lalu.

"Dia beritahu saya dia akan pergi ke Cardiff dan rundingan sudah dimuktamadkan, jadi dia akan bermain di sana.

Luiza Ungerer.

"Saya amat gembira kerana itu impiannya untuk beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL), perlawanan terbaik di dunia," katanya.

Ungerer berkata dia ada bercakap dengan Sala pada hari dia dilaporkan hilang tetapi enggan mendedahkan perbualan mereka.

"Saya hanya mahu dia kembali. Ramai bertanyakan saya mengenai insiden itu, ia amat sukar.

"Dia baik, tiada mempunyai sebarang niat jahat dan kadang kala terlalu lurus," kata gadis dari Rio de Janeiro itu.

Ungerer, 31, turut mengucapkan selamat tinggal kepada Sala di media sosial dengan mesej menyentuh hati.

"Seperti yang awak selalu kata kepada saya, terima kasih kerana menjadi diri awak yang sebenar. Saya akan sentiasa menyintai awak!.

"Saya akan cuba hidup demi diri saya dan juga dirinya. Saya akan cuba jadi gembira kerana itu apa yang dia mahukan," kata Ungerer. - Standardmedia

Emiliano Sala, Cardiff City

Artikel Lain