suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh penerbangan kelab gergasi Jerman gara-gara pemain tertinggal pasport

Jadon Sancho kembali semula ke Lapangan Terbang Dortmund selepas tertinggal pasport di rumah. Foto twitter/RNBVB

PEMAIN bola sepak, Jadon Sancho membuatkan kelewatan penerbangan Borussia Dortmund ke London, gara-gara tertinggal pasport.

Pemain berusia 18 tahun itu dipilih untuk membuat penampilan di England pada malam Rabu, menyaksikan kelab gergasi Jerman itu bertemu Spurs.

Bagaimanapun dia menyebabkan Dortmund terpaksa berlepas lewat 17 minit pada Selasa, selepas pada awalnya tertinggal dokumen perjalanannya di rumah.

Pemain tengah, Thomas Delaney berpendapat perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi isu.

"Ia bukan bandar yang besar, Dortmund, jadi tidak mengambil masa lama untuk dapatkan pasport.

"Ia mungkin mengakibatkan kos tetapi saya fikir 90 peratus daripada skuad tidak menyedarinya," katanya.

Ditanya sama ada terdapat tindakan berhubung is berkenaan, pengurusnya, Lucien Favre secara berseloroh berkata: "Kita akan lihat. Ia akan (dilakukan) secara dalaman!". - Daily Mail UK

Jadon Sancho, Borussia Dortmund

Artikel Lain