Dua pemain kelab Brazil cedera dalam kebakaran di Rio de Jeneiro - Sukan | mStar

Dua pemain kelab Brazil cedera dalam kebakaran di Rio de Jeneiro

DUA pemain kelab bola sepak Bangu, Rio de Janeiro mengalami kecederaan serius akibat terhidu asap dalam satu kejadian kebakaran di sebuah pusat latihan.

Bangu, antara kelab paling tradisi dan tertua di Rio dan ketika kejadian pemain sedang menjalani latihan selepas waktu rehat tengahari.

Kebakaran dapat dikawal dengan pantas bagaimanapun asap tebal menyebabkan dua pemain terbabit cedera, kata tentera dalam satu kenyataan.

TV Globo melaporkan kebakaran kemungkinan bermula di unit penghawa dingin.

Insiden itu berlaku tiga hari selepas 10 pemain Flamengo meninggal dunia dan tiga lagi cedera selepas bilik penginapan mereka terbakar dan kebakaran juga dipercayai bermula di unit penghawa dingin.

Flamengo yang disertai pemain remaja berusia antara 14 dan 16 tahun didakwa tidak mempunyai permit untuk membina penginapan sementara itu namun kelab terbabit menafikannya.

Seorang daripada tiga yang cedera dibenarkan pulang pada Isnin manakala dua lagi masih dalam pemerhatian doktor.- Bernama

Bangu , brazil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel