"Kami bercakap guna isyarat", Marcelo dakwa Bale hanya tahu Bahasa Inggeris - Sukan | mStar

"Kami bercakap guna isyarat", Marcelo dakwa Bale hanya tahu Bahasa Inggeris

Bale hanya tahu berbahasa Inggeris sepanjang enam tahun bersama Real Madrid.

SELEPAS enam tahun berkelana di Real Madrid, Gareth Bale masih belum mampu bercakap bahasa tempatan (Sepanyol).

Bale berpindah dari Tottenham Hotspurs pada tahun 2013.

Rakan sepasukannya Marcelo memberitahu Bale hanya bercakap dalam bahasa Inggeris.

Kisah itu didedah berikutan situasi terkini Bale di kelab walaupun pemain Wales itu mendakwa dia gembira berada di situ biarpun ada sebahagian penyokong yang tidak suka kepadanya.

Selepas perpindahan Cristiano Ronaldo dan Kiko Cassila, Marcelo memberitahu dia kini 'kesunyian' di bilik persalinan.

Marcelo (kanan) bercerita mengenai Bale.

"Kini saya tidak ada sesiapa di sisi. Saya hanya ada Bale, tetapi dia tidak bercakap. Dia hanya bercakap Inggeris, kami bercakap menggunakan bahasa isyarat dan hanya 'hi, hello dan wain bagus'.

"Bale yang kini telah merakam 100 gol untuk Real Madrid, namun masa depannya bersama kelab ini masih belum jelas.

Menurut laporan terkini, personaliti dalaman Bale tidak begitu baik dengan sebahagian kumpulan pemain di kelab.

Bale juga kini dilihat terpaksa bersaing dengan pemain muda Brazil Vinicius Junior dan spekulasi timbul sama ada dia dipaksa mencari kelab lain, seperti yang berlaku sebelum ini.

Manchester United dikaitkan untuk membawa balik Bale ke Liga Perdana Inggeris. -Dailymail.co.uk

Gareth Bale , Marcelo

Artikel Berikut

Artikel Lain