Mourinho dapat kerja baharu, tapi tetap ada kena mengena dengan United

Foto Reuters

JOSE Mourinho memiliki pekerjaan baharu, tetapi ia bukan dalam bidang pengurusan kelab buat masa ini.

Bekas pengurus Manchester United itu meninggalkan Old Trafford pada Disember dan membuat penampilan di BeIN Sports sebagai seorang pakar.

Kini, walaupun dikaitkan dengan pelbagai kelab di seluruh Eropah, Mourinho mempunyai peranan baharu dalam media, dia secara tidak langsung akan bercakap tentang United.

Dalam rancangan baharunya yang berjudul On the touchline with Jose Mourinho dan akan disiarkan di Rusia Today menampilkan bekas pengurus itu memberikan 'analisis unik' bagi setiap pusingan aksi Liga Juara-Juara.

Bermula pada 7 Mac, Mourinho akan diminta untuk memberikan pandangannya mengenai perlawanan terakhir United menentang Paris Saint-Germain dan kontraknya akan berakhir sehingga final Liga Juara-Juara pada 1 Jun.

Dalam klip promosi rancangan itu yang difilemkan di sebuah permainan hoki ais, Mourinho berkata: "Saya akan bercakap mengenai bola sepak di RT, apa lagi yang anda fikir saya akan lakukan?"

Bagaimanapun, peminat United yang berharap dapat mendengar tentang pemecatannya dari United akan berasa kecewa kerana kelab itu dilaporkan memasukkan 'klausa kerahsiaan' dalam paket pemutusan itu.

Bulan lalu, satu laporan mengatakan United memasukkan fasal dalam pakej itu untuk memastikan Mourinho tidak bercakap mengenai dirinya yang sudah meninggalkan kelab tersebut. - Manchester Evening News

Jose Mourinho

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain