suria

Cardiff korbankan masa latihan untuk luang waktu dengan keluarga selepas tragedi menimpa Sala

Foto Reuters

NEIL Warnock tidak jadi meneruskan rancangan untuk Cardiff mengambil cuti latihan pertengahan musim agar dia dan pemainnya dapat melakukan refleksi bersama keluarga secara peribadi di atas tragedi yang menimpa Emiliano Sala.

Selepas mencapai kemenangan 2-1 di Southampton pada Sabtu, mereka tidak terlibat dengan sebarang perlawanan sehingga 22 Februari ini.

Warnock sudah lama berusaha untuk membawa skuadnya ke Tenerife dengan berbaki beberapa perlawanan lagi bagi menentukan sama ada mereka berjaya menempah tempat ke Liga Perdana Inggeris.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain Nantes pakai serba hitam papar nama Sala

Mayat Sala ditemukan pada Khamis terperangkap di dalam sebuah pesawat yang terhempas selepas dilaporkan hilang pada 21 Januari lalu.

Kapten pasukan, Sol Bamba sebelum ini mendedahkan beberapa pemain kelab itu berasa takut untuk menaiki pesawat selepas insiden tersebut.

Warnock berkata: "Kelab memberikan keiizinan kepada saya untuk terbang ke Tenerife, untuk membawa mereka semua selama empat hari.

Warnock. - AFP

"Tapi, selepas apa yang berlaku sejak dua minggu lalu, saya lebih rela memeluk anak-anak dan meluangkan masa dengan isteri kerana ia merupakan dua minggu yang amat panjang.

"Mereka semua merenung kembali apa yang berlaku dan keluarga adalah lebih penting daripada bola sepak, bukan?

Warnock sedar bahawa selepas perlawanan itu, mereka harus berehat sebentar daripada bola sepak dan bukannya mengejar kedudukan carta.

Warnock menyasarkan untuk memungut mata tambahan dari perlawananan menentang Everton, Wolves, West Ham dan Brighton selepas Watford.

Sementara itu, Aron Gunnarsson berkata: "(Kematian Sala) membawa semua orang bersama, persembahan, peminat dan semua orang di kelab telah mengagumkan pada masa yang sukar ini.

"Yang paling penting adalah untuk keluarga berkabung.

"Mudah-mudahan juruterbang itu akan ditemui dan keluarganya boleh berkabung." - Irish Examiner

Cardiff City, Emiliano Sala

Artikel Lain