suria

Pemain Nantes pakai serba hitam papar nama Sala

Pemain Nantes memberi penghormatan terhadap Sala di tengah padang. Foto AFP/Getty Images

PEMAIN Nantes berpakaian serba hitam dengan nama Sala di belakang baju, memasuki padang sebagai penghormatan kepada pemain Emiliano Sala.

"La la la la la la la la, Em-il-ia-no," para penyokong menyanyi dalam tepukan selama seminit.

Momen menyayat hati itu berlaku di stadium di Perancis pada hujung minggu, berikutan pemergian penyerang kelahiran Argentina itu pada usianya 28 tahun.

Penghormatan itu turut disertai kira-kira 37,000 penonton sebelum permainan bermula di stadium Stade de la Beaujoire pada Ahad.

Sebelum permainan bermula juga menyaksikan sebuah kain rentang gergasi yang memaparkan wajah Sala dibentangkan di tengah-tengah padang.

Kain rentang papar wajah Sala di tengah padang sebelum permainan bermula. Foto AFP/Getty Images

Sementara itu, skrin gergasi stadium menunjukkan kesemua 48 gol yang dijaringkan Sala dalam 133 kemunculannya buat kelab itu.

Sala terbunuh dalam nahas pesawat di Selat Inggeris pada bulan lalu, dan mayatnya ditemui di dalam bangkai pesawat di dasar laut minggu lalu.

Ketika kejadian, Sala dalam penerbangan dari Nantes ke Cardiff, bagi memulakan kerjayanya dalam Liga Perdana Inggeris. - Dailymail UK

Nantes, Emiliano Sala

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain