suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat marah Salah cukur jambang, serang IG untuk luah rasa tak puas hati

SEBAGAI pemain bola terkenal dunia, Mo Salah memiliki jutaan peminat dari pelbagai negara.

Namun, peminat yang obses dan keterlaluan juga kadang-kala boleh membuatkan bintang kelahiran Mesir itu pening kepala.

Baru-baru ini, tindakan Salah yang mencukur jambang menerima reaksi kurang memberangsangkan dari peminatnya.

Rata-rata mereka tidak suka dengan keputusan itu.

Lebih teruk, ada yang risau jika imej tersebut akan memberi kesan kepada prestasi Salah di padang.

Kedengaran tidak masuk akal, namun itulah yang berlaku terhadapnya.

Bagaimanapun, Salah kembali menerima pujian apabila foto terbaharu memaparkan dia kini sudah kembali mempunyai jambang.

Dia turut dihujani komen di Instagram berhubung imej tersebut.

"Dia dah ada jambang balik," tulis seorang peminat.

"Imej ini lebih baik dari yang bercukur tempoh hari," tulis seorang lagi individu.

Malah, ada segelintir peminat yang berseloroh kononnya tidak mengenali lelaki dalam foto itu, berikutan perubahan imejnya. - Liverpoolecho.

Mo Salah

Artikel Lain